Jumaat, 3 Jun 2011

Akhirnya kau mengerti jua..





Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku, Allah menjawab, Tidak. itu bukan untuk Kusingkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecatatanku. Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara. 

aku meminta kepada Allah untuk menhadiahkanku kesabaran. Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan, itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

aku meminta kepada Allah memberikan aku kebahagiaan. Allah menjawab, Tidak. aku memberimu berkat. kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan. Allah menjawab, tidak. penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku. Allah menjawab, Tidak. kau harus menumbuhkanya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup. Allah menjawab, tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku. Allah menjawab.... akhirnya kau mengerti.

HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Khamis, 2 Jun 2011

kisah seorang sahabat yang merindui sahabatnya...


Nur termenung di tingkap mengenang kisah yang lalu yang dia pernah mempunyai sahabat karibnya yang bernama lia. Mereka bertemu di satu universiti ketika itu nur tiada sesiapa lagi untuk menjadi teman yang mudah kemana2 . Nur seorang yang berdikari jadi hal yang mempunyai kawan untuk sentiasa bersamanya tidak pun diambil kisah olehnya. Ketika itu minggu suai kenal antara senior dan junior nur melihat sekeliling ramai yang mempunyai kawan yang tetap, tapi nur dia boleh bersendirian malah kemana dia pergi dan siapa dia jumpa itulah kawannya. Tetapi  nur nampak diluar saja cool tapi dalam hatinya dia terasa kosong dan sunyi. Selepas seminggu minggu orentasi, nur terjumpa kawan lamanya yang dulu sekolah rendah bersamanya dia menegur kawanya itu lalu mereka berkawan sehingga menjadi kamcing tapi nur dan kawanya tu masing2 kos yang berlainan so bkn senang nk jumpa sama2.


Selepas tamat minggu orentasi bermulalah minggu lecturer, waktu tu berlaku pembahagian kelas, mereka diundi dan nur mendapat kelas ‘A’ nur terpandang wajah pada seseorang yang dia tidak kenali dalam kelas A itu , tetapi hatinya terasa ingin sgt mendekati  budak itu lalu nur menegur dan budak itu bernama lia. Secara kebetulan pula lia dan nur adalah berada di kolej yang sama dan bersebelahan bilik.


Sampai sebulan mereka berkawan mereka menjadi rapat. Sehinggalah di penghujung semester menjelang peperiksaan akhir tahun, kemana lia pergi disitu ada nur. Mereka saling berkongsi segala masalah, dari pandangan nur , lia sgt sayangkan nur dan nur pun juga begitu .mereka sering berkongsi cerita2 mereka.


Tetapi peristiwa yang telah menghancur hati nur adalah pada sem 2 mereka telah ditakdirkan sebilik , lia telah mengalami demam campak dia mendapat cuti , nur yang berada di university berasa sunyi kerana dia hnya punyai sahabat lia shaja meskipun ramai lg sahabat yang lain tapi lia saja yang dia buleh bergurau,bersembang dan  bermain.  Semua mesej2 nur x dibalas oleh lia dan panggilan nur x diangkat. Nur kebingunan kenapa lia cuti x beritahu nur malah off enset. Setiap hari nur mengharap ada mesej dari lia namun tiada satu mesej pun lia hantar pada nur. Nur kesedihan hatinya sudah rasa ganjil dgn perangai lia. 2 minggu berlalu, lia pulang ke kampus perasaan nur berbunga-bunga dapat berjumpa dgn lia dan perasaan yang tersgt rindu pada lia sudah terubat. Tetapi nur dapat detect perangai lia dah x mcm dulu, x friendly mcm dulu, lia asyik kemurungan dan bersendirian saja. Mereka dah x sama kelas kerana keadaan x mengizinkan mereka sekelas lagi.
Suatu hari lia berkata pada nur bahawa” jangan buat sehingga dia x berckp dgn nur  “ dan nur tertanya-tanya apa salahnya? lia berterus terang mengatakan nur terlalu mengongkong hidupnya , ketika itu  alangkah pedihnya telinga nur pabila mendengar perkataan dari seorang sahabat yang dia sgt syg dan rindukan lia. Selepas itu nur dah x lgi tegur lia macam dulu, mereka masing2 buat hal sendiri ramai kawan2 yang lain pelik melihat mereka dah x serapat macam dulu lagi. Hati nur sgt sedih …… sehinggalah nur  demam dan demam nur berlanjutan sehingga 2 minggu  nur bejumpa dgn doctor dan kata doctor nur terpaksa dikuarantin di hospital kerana kekurangan air dlm badan, nur sedar bahawa perkara ini terjadi adalah disebabkan kesedihan nya yang teramat. Setelah  tamat semester2 nur memilih untuk trus ke degree dan meninggalkan kenangan lama disana.  Setelah 2 tahun berlalu nur masih lg merindui sahabatnya itu namun tiada khabar dan berita pun ttg lia. Nur cuba mesej pada lia namun tiada satu mesej pun dibalasnya. Sehingga kini nur hanya berdoa semoga mereka dapat diketemukan semula untuk nur meminta maaf pada lia. Di celah sudut hati nur masih ada lagi kerinduannya terhadap sahabat baiknya itu. Hatinya terus mengharap agar dapat bertemu semula dgn sahabatnya itu.


Semoga nur dan sahabatnya itu diketemukan semula dgn izin Allah.
Tentu ada sebabnya semua ini berlaku kerana Allah telah mengaturkan semuanya didalam hidup kita jadi bersabarlah dgn apa yang diberiNya itu dan selalu lah bersyukur walaupun hati kita sedang bersedihan.. 


**Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu “Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu! kerana ALLAH s.w.t yang hanya lebih tahu .”

bersambung.....

nilainya seorang sahabat





Kawan..
bila rasa ingin menangis 
hubungilah aku 
aku takkan suruh kau berhenti menangis 
tapi...aku akan kata
"aku akan hiburkan hati kau yang sedih itu" 


Kawan..
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi 
maklumkan aku 
aku takkan halang kau 
tapi... aku akan kata
"berlarilah bersama aku 
untuk kau lupakan sementara masalah " 
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia adalah yang terbaik"


Kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia 
beritahulah aku 
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan yang paling penting
terimalah segala ketentuan Allah..." 


Kawan ..
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti 
ceritalah pada aku 
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..." 


Tetapi kawan ..
jika suatu hari aku berdiam diri 
aku tak balas sms kau 
aku tak angkat panggilan dari kau 
hubungilah aku segera (atau trus je dtg rumah aku) 
sebab waktu itu aku 
ermmm... 
aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya) 
atau mungkin...
aku telah kekal bersemadi 
diruang nan dalam dan sepi.






sahabatku maksud disini adalah mendalam bagiku, dan juga bagimu,


"Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".
tunjukanlah keikhlasan hati dan kasih sayang kepada sahabat kita."





Ahad, 22 Mei 2011

kisah 7pemuda yang hidup 309 tahun.,



Assalamu'alaikum.
Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.





Ini adalah kisah tentang 7 pemuda yang unggul (ashabul khafi)
yang dilindungi oleh Allah s.w.t kerana cinta kepada Allah terlalu mendalam.

kisah ini adalah sebelum wujudnya nabi Muhammad s.a.w lagi.
Allah telah menurunkan kisah ini kepada nabi Muhammad s.a.w ketika baginda sedang menghadapi hujah-hujah daripada paderi, mereka menguji nabi Muhammad s.a.w dgn bertanyakan 3 kisah yang ajaib yang telah berlaku di zaman dahulu,. dengan pertolongan Allah s.w.t telah menurunkan 3 kisah ajaib antaranya ialah:
1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.
2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.
3. Kisah tentang hakikat ruh.
setelah 15 hari baginda menunggu maka Allah telah menurunkan 3 kisah ini.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

mereka bersama anjing yang bernama Qitmir mengekori mereka. Maka 7 pemuda ini beriman kepada Allah s.w.t di tengah2 kekufuran kaum dan bangsa mereka Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya; “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)


pada asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah .Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.

Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah; “Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)

Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.
Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11). Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18) Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan.
Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.
Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;



“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)

demikianlah pengajaran yang dapat daripada cerita ashabul khafi ini betapa Allah kasihNya pada kaum yang beriman kepadanya .



Sabtu, 21 Mei 2011

Sebab-sebab hati kita menjadi keras..,







Assalamualaikum...


syukur kapada Allah s.w.t yang telah memberi kita banyak kenikmatan didalam setiap hari hidup kita.
dalam kehidupan kita terdapat banyak perkara yang kita tak sedari bahawa apa yang kita lakukan seharian boleh mengundang hati menjadi keras. Maksud hati keras ini adalah hati yang mudah melupakan Allah s.w.t dan sukar untuk berbuat baik kepada Allah s.w.t dan cintakan kepadaNya. paling berbahaya disini adalah jika kita mudah lupakan Allah jadi perkara ini mudah mengundang kita melakukan perkara yang sia2 dan membawa kearah kebencian Allah terhadap kita. Antara perkara yang membawa hati menjadi keras adalah:

  • Berlebihan dalam berbicara
  • Melakukan kemaksiatan atau tidak menunaikan kewajipan didalam hidup.
  • Terlalu banyak tertawa
  • Terlalu banyak makan
  • Banyak berbuat dosa
  • Berteman dengan orang-orang yang jelek agamanya(sosial).

Melihat perkara2 diatas ada jalan penyelesaian untuk menjadikan hati menjadi lembut antaranya

  • Mengenal Allah melalui nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatan-Nya
  • Mudah menangis kerana Allah
  • Membaca al-Qur’an dan merenungi kandungan maknanya
  • Banyak berdzikir kepada Allah
  • Mengingati dihari kematian, menyaksikan orang yang sedang di ambang kematian atau melihat jenazah orang
  • Mengkonsumsi makanan yang halal
  • Menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat
  • Sering mendengarkan nasihat yang baik
  • Mengingati kengerian hari kiamat, sedikitnya bekal kita dan merasa takut kepada Allah
  • Meneteskan air mata ketika berziarah kubur 
  • Mengambil pelajaran dari kejadian di dunia seperti melihat api lalu teringat akan neraka
  • Berdoa kepada Allah agar kita dilindungi dari azab api neraka
  • Memaksa diri agar  menangis di kala sendiri 


Jadi bukan susah untuk menjadikan hati lembut ingatilah kepada Allah s.w.t selalu dan sesungguhnya Allah sangat mengasihi umatnya yang sering mengingatiNya.
renung-renungkanlah dan selamat beramal ;)

Jumaat, 20 Mei 2011

Konspirasi Illuminati dan Freemason.,

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamu'alaikum.
Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.



Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

*post yang sebelumnya mencerit
akan ttg zaman - zaman yang direka dan perancangan membina "haikal sulaiman"(tempat dajjal),




sila beri perhatian.., tahukah konspirasi Illuminati dan Freemason???
ini adalah pertubuhan yang dibawah naungan DAJJAL yang wujud sehingga zaman sekarang.,  
kejahatan yang dilakukan oleh dajjal melalui pertubuhan-pertubuhan di bawah naungan dajjal. Antaranya: Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion dan Society Of Jesus/ Jesuit. Tapi yang paling popular adalah freemason dan illuminati. 






Mereka memperkenalkan The New World Order dan One World Religion

untuk penduduk di dunia. Mereka mempunyai agenda yang amat tersirat untuk mempengaruhi dari segi PEMIKIRAN, terutamanya kepada UMAT ISLAM dan pengaruh yang paling berkesan adalah dengan HIBURAN. Yang paling popular ialah Lady Gaga si penyembah syaitan. Dia merupakan penyembah Lucifer yang tegar. Rihanna, Madonna, Jay-Z adalah antara artis barat di bawah tajaan Freemason dan Illuminati.





Di Malaysia pun semakin banyak pertandingan nyanyian dan lakonan antaranya Akademi Fantasia, Mentor dan yang paling latest aku tertengok adalah mari menari. Apa hal semua ni? Semua nak menyanyi ke? Dah tiada kerjaya lain? Perempuan tak tahu ke SUARA mereka adalah AURAT? dan mereka boleh berkata mereka mencari rezeki yang halal dengan nyanyian dan lakonan. Such a bloody stupid. Cuba tengok gambar-gambar ni. Contoh paling simple. ONE EYE. Siapakah yang mempunyai satu mata? fikir-fikirkan lah..
Antara gambar-gambar yang menarik;

                                             SCARLET LADY OF BABYLON, yes Taylor Swift 


                                                        juga antana ahli freemason

                  HUJAN, indie band Malaysia wallahhualam.Tapi tengok rambut yang  tutup mata dan
            lambang pada baju. adakah mereka fikir ke apa yang mereka pakai??ataupun trend sekarang rambut tutup sebelah mata?? cuba anda perhatikan pada bajunya itu.,
 bukan ke itu lambang mata satu??




ONE US DOLLAR

Golongan-golongan ini amat bijak dan cerdik dalam mempengaruhi pemikiran kita TANPA DISEDARI. so,Allah memberi kita akal fikiran untuk berfikir, kawan2 fikirlah dahulu sebelum nak ikut trend kerana apa yang ditonjolkan trend sekarang pasti ada maksud tersirat.,

Ketika Allah Menyayangi kita,....

blog kak werdah .,

dan aku terbaca 1 nasihat yang membawa seribu makna bagiku,

5 jenis ujian

تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك 1- Sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan   kita, adalah untuk membahagiakan kita.
وما أخذ منك إلا ليعطيك 2- Apa yang Allah SWT ambil daripada kita adalah akan dianugerahkan kepada di Akhirat kelak.
 وما أبكاك إلا ليضحكك 3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak. وما حرمك إلا ليتفضل عليك 
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadanya. وما ابتلاك إلا لأنه يحبك 
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita. جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput mereka di Akhirat kelak dengan FirmanNya : "Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku".
Oleh itu senyumlah! pabila menghadapi musibah ......