Khamis, 2 Jun 2011
nilainya seorang sahabat
Kawan..
bila rasa ingin menangis
hubungilah aku
aku takkan suruh kau berhenti menangis
tapi...aku akan kata
"aku akan hiburkan hati kau yang sedih itu"
Kawan..
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi
maklumkan aku
aku takkan halang kau
tapi... aku akan kata
"berlarilah bersama aku
untuk kau lupakan sementara masalah "
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia adalah yang terbaik"
Kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia
beritahulah aku
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan yang paling penting
terimalah segala ketentuan Allah..."
Kawan ..
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti
ceritalah pada aku
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..."
Tetapi kawan ..
jika suatu hari aku berdiam diri
aku tak balas sms kau
aku tak angkat panggilan dari kau
hubungilah aku segera (atau trus je dtg rumah aku)
sebab waktu itu aku
ermmm...
aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)
atau mungkin...
aku telah kekal bersemadi
diruang nan dalam dan sepi.
sahabatku maksud disini adalah mendalam bagiku, dan juga bagimu,
"Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".
tunjukanlah keikhlasan hati dan kasih sayang kepada sahabat kita."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
saya sgt menghargai komen anda :)