Khamis, 2 Jun 2011

kisah seorang sahabat yang merindui sahabatnya...


Nur termenung di tingkap mengenang kisah yang lalu yang dia pernah mempunyai sahabat karibnya yang bernama lia. Mereka bertemu di satu universiti ketika itu nur tiada sesiapa lagi untuk menjadi teman yang mudah kemana2 . Nur seorang yang berdikari jadi hal yang mempunyai kawan untuk sentiasa bersamanya tidak pun diambil kisah olehnya. Ketika itu minggu suai kenal antara senior dan junior nur melihat sekeliling ramai yang mempunyai kawan yang tetap, tapi nur dia boleh bersendirian malah kemana dia pergi dan siapa dia jumpa itulah kawannya. Tetapi  nur nampak diluar saja cool tapi dalam hatinya dia terasa kosong dan sunyi. Selepas seminggu minggu orentasi, nur terjumpa kawan lamanya yang dulu sekolah rendah bersamanya dia menegur kawanya itu lalu mereka berkawan sehingga menjadi kamcing tapi nur dan kawanya tu masing2 kos yang berlainan so bkn senang nk jumpa sama2.


Selepas tamat minggu orentasi bermulalah minggu lecturer, waktu tu berlaku pembahagian kelas, mereka diundi dan nur mendapat kelas ‘A’ nur terpandang wajah pada seseorang yang dia tidak kenali dalam kelas A itu , tetapi hatinya terasa ingin sgt mendekati  budak itu lalu nur menegur dan budak itu bernama lia. Secara kebetulan pula lia dan nur adalah berada di kolej yang sama dan bersebelahan bilik.


Sampai sebulan mereka berkawan mereka menjadi rapat. Sehinggalah di penghujung semester menjelang peperiksaan akhir tahun, kemana lia pergi disitu ada nur. Mereka saling berkongsi segala masalah, dari pandangan nur , lia sgt sayangkan nur dan nur pun juga begitu .mereka sering berkongsi cerita2 mereka.


Tetapi peristiwa yang telah menghancur hati nur adalah pada sem 2 mereka telah ditakdirkan sebilik , lia telah mengalami demam campak dia mendapat cuti , nur yang berada di university berasa sunyi kerana dia hnya punyai sahabat lia shaja meskipun ramai lg sahabat yang lain tapi lia saja yang dia buleh bergurau,bersembang dan  bermain.  Semua mesej2 nur x dibalas oleh lia dan panggilan nur x diangkat. Nur kebingunan kenapa lia cuti x beritahu nur malah off enset. Setiap hari nur mengharap ada mesej dari lia namun tiada satu mesej pun lia hantar pada nur. Nur kesedihan hatinya sudah rasa ganjil dgn perangai lia. 2 minggu berlalu, lia pulang ke kampus perasaan nur berbunga-bunga dapat berjumpa dgn lia dan perasaan yang tersgt rindu pada lia sudah terubat. Tetapi nur dapat detect perangai lia dah x mcm dulu, x friendly mcm dulu, lia asyik kemurungan dan bersendirian saja. Mereka dah x sama kelas kerana keadaan x mengizinkan mereka sekelas lagi.
Suatu hari lia berkata pada nur bahawa” jangan buat sehingga dia x berckp dgn nur  “ dan nur tertanya-tanya apa salahnya? lia berterus terang mengatakan nur terlalu mengongkong hidupnya , ketika itu  alangkah pedihnya telinga nur pabila mendengar perkataan dari seorang sahabat yang dia sgt syg dan rindukan lia. Selepas itu nur dah x lgi tegur lia macam dulu, mereka masing2 buat hal sendiri ramai kawan2 yang lain pelik melihat mereka dah x serapat macam dulu lagi. Hati nur sgt sedih …… sehinggalah nur  demam dan demam nur berlanjutan sehingga 2 minggu  nur bejumpa dgn doctor dan kata doctor nur terpaksa dikuarantin di hospital kerana kekurangan air dlm badan, nur sedar bahawa perkara ini terjadi adalah disebabkan kesedihan nya yang teramat. Setelah  tamat semester2 nur memilih untuk trus ke degree dan meninggalkan kenangan lama disana.  Setelah 2 tahun berlalu nur masih lg merindui sahabatnya itu namun tiada khabar dan berita pun ttg lia. Nur cuba mesej pada lia namun tiada satu mesej pun dibalasnya. Sehingga kini nur hanya berdoa semoga mereka dapat diketemukan semula untuk nur meminta maaf pada lia. Di celah sudut hati nur masih ada lagi kerinduannya terhadap sahabat baiknya itu. Hatinya terus mengharap agar dapat bertemu semula dgn sahabatnya itu.


Semoga nur dan sahabatnya itu diketemukan semula dgn izin Allah.
Tentu ada sebabnya semua ini berlaku kerana Allah telah mengaturkan semuanya didalam hidup kita jadi bersabarlah dgn apa yang diberiNya itu dan selalu lah bersyukur walaupun hati kita sedang bersedihan.. 


**Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu “Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu! kerana ALLAH s.w.t yang hanya lebih tahu .”

bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sgt menghargai komen anda :)