Selasa, 13 Oktober 2015

The happiness have been created


Assalamualaikum...

Let see this video..
this make my memory will not to forget it.

Khamis, 8 Oktober 2015

Kurniaan Allah


Assalamualaikum,..

terasa sudah lama hati ini tidak berbicara
tidak meluahkan sesuatu
tidak berkongsi apa terjadi

seperti hari-hari berlalu tidak terlalu penting untuk di kongsikan
namun kurasakan hati ku ini sudah semakin jauh dengan Maha pencipta
ini kerana aku terlalu merasa selesa di sesuatu tempat yang telah Allah kurniakan padaku

namun setelah beberapa musim berlalu
dengan segala perancangan Allah
dia memberi pada aku sesuatu pengajaran dari sesuatu musibah yang menimpa terhadap sahabatku
sahabat yang aku sayangi

juga menyedarkan pada aku untuk bersyukur apa yang telah aku miliki
sayang pada keluarga
menjadi manusia lebih bertanggungjawab
menjadi manusia lebih menyayangi orang lain dari diri sendiri
menjadi manusia menyayangi haiwan dan tumbuh tumbuhan
menjadi manusia yang lebih untuk mendekati diri kepada hamba Allah

benarlah wang itu penting dalam kehidupan seharian
namun, wang tidak menjaminkan kebahagiaan juga kesihatan yang baik

terima kasih ya Allah menyedarkan diriku ini yang selalu lupa padaMu
meskipun aku lupa padaMu tetapi Maha pencipta tidak pernah lupa pada diriku

inginku bersihkan diri
bersihkan hatiku ini
bersihkan fikiranku

Amin ... Amin ya RabbalAlamin...

Khamis, 12 Februari 2015

Jiwaku Kembali.

Assalamualaikum..

Jiwaku sekian lama pergi..
Kini akan tiba masanya kembali..
Kembali memahami aku..
Yang selama ini aku keliru..
Keliru dengan tindakan setiap yang di lakukan..

Wahai jiwa.
Aku sgt menyayangimu..
Kerana engkau bisa mendengar, memahami diri ini.,
Jiwaku juga tidak akan berubah dengan suasana..
Jiwaku juga sentiasa pandai mencari ketenangan diri..

Semoga apa yang telah aku miliki ini..
Sentiasa mendampingi aku ketika aku keliru..


Salam...