Sabtu, 20 Februari 2016

Bahagia itu apabila iman diuji


Iman itu bahagia. 
Iman itu diuji. 
Justeru, bahagia itu bila diuji,

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting (Pahrol Mohamad Juoi,2012).

Rasailah keperitan ujian ini dengan penuh bersyukur,
ujian itu ditimpa kerana Allah sayang pada hambanya,
untuk hambaNya mencari Dia dan bergantung padaNya.

Ingat, Allah tidak pernah jauh dari kita,
Tapi kita yang yang jauh dariNya
Allah itu rindu rintihan kita padaNya
bertapa besarnya cinta Allah pada kita
 Kita yang leka melupaNya


Selasa, 16 Februari 2016

Luka semalam masih ada


Luka - luka yang lalu pun belum sembuh,
Mengapa mahu mencari luka yang lain lagi?

Sembuhkan luka - luka yang ada.
Jadi yang terbaik di mata Allah

Ahad, 31 Januari 2016

Pada Mu Aku Kembali

Assalamualaikum...

Pada Mu aku kembali yaAllah..
Aku lupa padaMu setelah sekian lama..
Susah dan senang aku tidak mencariMu..
Ampunkan aku yaAllah.. kerana aku telah sombong di muka bumi ini..
Terima kasih yaAllah kerana mendidik aku dengan ujian Kau berikan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Moga aku berterusan bergantung padaMu yaAllah dan tidak terleka dengan kealpaan duniawi...
Semoga insan yang pernah hadir di dalam hidupku bahagia dalam mencari cinta yang sejati..
Terima kasih sahabat kerana mengajar aku apa itu erti kasih sayang dan menghargai seseorang..
Akan ku sematkan segala pengajaran yang ku dapat dan belajar untuk menghargai seseorang kelak.

Sekian.. smile :)