Jumaat, 4 April 2014

Ingatan yg segar

Bismillah...

Segar...
Ingatan yang segar,
Walaupun kau telah pergi sekian lama,
Namun pengorbanan kau dalam hidup ini tetap segar di dalam ingatanku..
Segar.. Segar saat kau curahkan kasih sayang terhadap ku...
Terasa sehingga kini kesegaran kasih sayang yg telah yang diberikan..
Walaupun telah lama tiada dan tidak akan ada lagi pengganti kasih sayang itu...

Kau pergi ...  meninggalkan aku... tanpa selamat tinggal padaku..
Kau pergi ... meninggalkan barang-barang yang sentiasa membuatkan aku segar diingatan...
Kau pergi ... meninggalkan kasih sayang,..
Kau pergi .. meninggalkan ilmu yang kau curahkan..

Lagu-lagu bermain diradio ..
seolah-olah memahami fikiranku di saat ini...
lagu-lagu yang kau suka membuatkan bertambah lagi aku merinduimu...
apa khabar kau disana...

pernah dahulu kau ajar untuk tahu jalan-jalan dibumi ini...
jalan-jalan yang pernah kau bawakan aku pergi dahulu ..
membuatkan aku terus teringat kembali memori-memori yang dahulu...
memori-memori bersama kau...
atas kereta....
sungguh bahagia muka kau bawakan daku jalan-jalan...
daku juga suka dan menceritakan cerita yang banyak pada kau,.
cerita kawan... kawan baik... ayah kawan baik... 
kau hanya mendengar dan memberi pendapat...
terasa indah...

Kini...
tiada pengganti...
kau pergi..
aku hanya mampu mendoakanmu...
doakan kebahagiaan disana..
sungguh singkat usiamu..
tapi sesingkat usiamu.. kau telah byk bermanfaat padaku..


alangkah indahnya dapat melihatmu bahagia......

al-fatihah untuk arwah abah...

Khamis, 13 Mac 2014

Angin yang berubah dengan perlahan.

Bismillah...

Hari ini dan semalam tidak serupa dengan hari-hari yang telah berlalu,
setiap hari pasti tak akan sama dengan hari-hari yang berlalu,
meskipun merasakan sama seperti hari-hari yang lalu namun kenyataannya tetap ada perubahan,
apa yang penting perubahan yang berlaku pastikan menjadi yang terbaik dari hari-hari yang sebelumnya..

dari Sintok ke Alor Setar,
dari Alor Setar ke Penang,
dari Penang ke Kulim,
dari Kulim ke Penang
dari Penang ke Alor Star,
dari Alor Setar ke Sintok,

begitulah rutin harian yang berlaku untuk 2014,

Jumaat oh jumaat
saban hari tak sabar menanti ketibaanmu
dapat melepaskan kerinduan terhadap keluarga tersayang

ingin berbakti terhadap keluarga
agar dapat meninggalkan mereka dengan penuh manfaat yang telah dicurahkan
kelak tidak menyesal di kemudian hari

Ya Allah...
Tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini..










Sabtu, 1 Februari 2014

Petang yang samar..

Assalamualaikum w.b.t

Pagi.... tengah hari.... petang.... dan malam...
Rasa bagaikan berada diwaktu yang sama sahaja...
Tidak bisa untuk membezakan waktu ini..
Kerana yang membezakan adalah perbuatan di hari ke hari...
Iaitu bertambah baik atau tidak.....

Hiburan....demi hiburan...
Umpama aliran air yang deras...
Tidak dapat menolaknya....
Membolehkan terhanyut andai terleka di seketika waktu....
Hati yang bergejolak di saban waktu...
Merasakan tersasar seketika...

Andai....
Di beri masa untuk undur kembali...
Tuhan bantulah aku...
Andai aku tersasar dan tersalah arah...
Tunjukilah aku jalan yang lurus....
Supaya aku sentiasa bersujud keranaMu ya Allah s.w.t.

Wasalam...



Isnin, 13 Januari 2014

S.a.h.a.b.a.t

Assalamualaikum

Jika ukhuwah kita dahulu sangat kuat...
Setiap hari kita berbicara kerana Allah..
Setiap hari berbicara tentang ibadat kita ni diterima atau tidak oleh Allah s.w.t..
Kita ditemukan kerana Allah...
Dan kita berpisah kerana Allah..
Sudah menjadi adat manusia hidup di dunia ini...
Sahabat walaupun kita berjauhan tetapi ukhuwah yg terbina ku doakan semoga hingga kesyurga, semoga berbahagia sahabat dan kuat menghadapi dugaan....ukhuwah fillah...

Khamis, 9 Januari 2014

Tika ini... aku ingin....

Assalamualaikum...

Tika ini fikiran ku berfikir tentang masa depan ku...
Aku juga ingin melihat sahabat-sahabat aku bakal menjadi seorang ibu atau ayah yang bertanggungjawab
pada anak-anak mereka kelak, menjadi isteri atau suami yang soleh dan solehah, mendidik anak-anak penuh dgn perihatin untuk generasi yang akan datang,....

Tika ini juga aku terfikir tentang hubungan aku dgn keluarga aku, dan juga sahabat-sahabat aku...
kepada keluarga dan sahabat-sahabat ku... maafkan aku dgn kelemahan aku...
maafkan aku dgn kesilapan yang telah aku lakukan...

Tika ini juga, aku sgt perhubungan yang setiap terbina ini kekal hingga ke syurga....
Setiap pertemuan kita itu adalah aturan dari Allah s.w.t..
Pertemuan kita itu adalah yang terbaik tuk kita kerana Allah yang telah menemukan kita...
Alhamdulillah...
Moga kita menerima dan bemuhassabah terhadap diri sendiri.....

Isnin, 16 Disember 2013

Aku Sudah Lupa.. Tuhan Kembalikan aku.

Assalamualaikum...

Aku adalah seorang hambaNYA yang hanya mengemis cintaNya,.,,Mengemis hanya untuk mendapat keredhaanNya dan keberkatanNya di dunia dan di akhirat.
Kelemahan aku ini adalah tiada bandingan betapa sedikitnya ilmu yang aku miliki di dunia ini. Betapa sedikitnya amalan yang aku lakukan didunia sehinggakan aku dapat mengira, dan dosa2 aku bagaikan pasir dipantai ,bertapa banyaknya aku lakukan hingga tidak dapat aku menghitungnya. Aku hanyalah insan yang mempunyai banyak kelemahan dan sedikit ilmu yang aku mencarinya.

Ilmu itu adalah harta yang berharga,ilmu yang paling berharga ...
Ilmu itu juga hanya hidup didalam jiwa-jiwa yang bersih saja..

Ampunkan aku yaAllah...

Rabu, 23 Oktober 2013

Pagi Yang Cerah.

Assalamualaikum,

Selawat nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda..
Pagi yang cerah, embun menitis-nitis di atas jalan raya yang menjadi pengguna kepada manusia setiap hari..
Seluruh makhluk di muka bumi in bertasbih memuji-muji kebesaran Allah s.w.t, juga termasuk titisan embun..

Sudah lama x update blog walhal, banyak cerita yang nak dikongsi...
rugi... aku merasakan rugi TIDAK ambil peluang update cerita disini..
23 oktober 2013 adalah hampir 9 bulan aku bekerja disini..

Telah pun aku belajar erti kebahagiaan disini..
Dimana kebahagiaan itu bukanlah datang dari harta benda, wang..
Tetapi kebahagiaan adalah hadirnya itu apabila lahirnya keikhlasan dihati,
Kebahagiaan itu juga wujud apabila selalu memberi tanpa mengharap balasan,
Kebahagiaan juga perlukan pengorbanan,
Itulah kebahagiaan ..
Sebenarnya kebahagiaan terdapat banyak lagi cara..

Wasalam.. 



Rabu, 21 Ogos 2013

Mengemis Cinta Teragung

Assalamualaikum..

Entry kali ini adalah puisi mengenai cinta seorang hamba terhadap penciptannya iaitu Allah s.w.t,

Cinta teragung,
Itulah dambaan di dalam setiap sujudku,

Di udara terapungan,
Di laut  kelemasan,
Sekian lama terbiar di dalam khayalan,
Hidup yang penuh kelalaian,
Diri ini bagai tiada arah tujuan,
Segala yang di lalui diselubungi dengan kesukaran, 

Ku sangka teguh,
Namun ternyata rapuh,
Ku sangka mudah,
Ternyata amat payah,

Kini aku kembali,
Mencari kedamaian di dalam hati, 
Hidupku yang sukar mengajar erti cinta yang hakiki,
Ku sedar semua ini pasti ada akhirnya,
Untuk mengemis cinta AgungMu,
Moga akhirku di selimut oleh cintaMu,
Cinta AgungNya.


by Nazrina

Jumaat, 25 Januari 2013

Erti Syukur

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini hati aku tergerak untuk menulis tentang erti syukur., Alhamdulillah  Allah s.w.t telah memberi aku peluang sehingga sekarang untuk aku bernafas di atas dunia ini, dan memberikan aku pelbagai perasaan dan rasa di atas muka bumi ini.... syukur Alhamdulillah ., Allah yang Maha berkuasa di atas muka bumi ini.....Dia lah yang mentadbir segala-segalanya di muka bumi ini dan seluruh alam semesta... dan Dia jugalah yang mengetahui segala rahsia isi alam ini.... Dia juga mengetahui segala rahsia diri kita ini walau sesaat terdetik di fikiran kita ini.,.. Alhamdulillah......

Erti syukur, 
aku telah merasa segala perasaan, mesti korang pun sama kan.,
perasaan bahagia disisi keluarga,
perasaan bahagia disisi sahabat-sahabat
perasaan bahagia apabila disisi kawan-kawan
perasaan bahagia apabila menerima berita gembira
perasaan sedih apabila menerima berita kematian
perasaan sedih apabila menerima segala berita sedih

tidak kiralah samada ianya gembira atau sedih tapi itu adalah nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan pada kita...Dia mengurniakan segala rasa pada kita ini adalah untuk kita sentiasa berasa syukur kepadaNya.... :)
Bersyukurlah selalu dengan apa yang ada kerana apa yang kita miliki tidak semua orang merasainya....
dan apa yang kita merasai segala perasaan tidak semua manusia merasainya adalah sama, tapi dalam berlainan situasi....

#peringatanuntukdirisendiri




Rabu, 23 Januari 2013

Dia insan yang sgt ikhlas dan telus

Assalamualaikum w.b.t

korang tau x apa maksud "dia" dengan tajuk diatas tu?
dia itu tidak pernah merasa dengki dengan kita bila kita mendapat kebahagiaan,
sebaliknya dialah yang sgt gembira, 

dia juga tidak pernah merasa iri hati pada kita walau setitik embun sekali pun....... malah dia senyum dan bersyukur,

dia akan memberi kita ketenangan disaat kita mendapat kerunsingan dalam hidup,

dia akan sentiasa memberi bantuan disaat kita menghadapi kesusahan,

dia adalah manusia yang bukan lagi ragu2 untuk membalas jasanya, 

dia adalah ibu kita yang   x pernah jemu mendoakan kebahagiaan kita didunia dan akhirat....

kawan-kawan jom kita sama-sama mendoakan ibu bapa kita yang sgt berjasa samaada yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah.... walau setitik embun skali pun jasa kita x kan terbalas dgn jasa mereka. ,

al-fatihah....

Tanpa doa ibu siapalah kita di dunia ini.

Assalamualaikum w.b.t...

entry kali ini aku nk sentuh ttg doa seorang ibu, mesti korang semua tau dah kan apa kelebihan doa seorang ibu ni., doa seorang ibu itu adalah lebih mujarab dari doa kita sendiri, kerana setiap doa ibu tu kan xda penghadang antara Allah s.w.t, doa itu akan terus menerus sampai kat Allah, dan ibu juga pabila mereka mendoakan kita hati mereka terlalu ikhlas dan telus, ayat ni aku dgr dari ustaz, hebat kan doa mereka terhadap kita, jadi apa yang penting kena selalu minta mereka berdoa pada kita, tp jgn la kita plak yang asyik meminta tp x memberi plak....*nasihatpadadirisendiri*......Allhamdulillah, ..... Allah Maha Penyayang pada hambanya.,

Rabu, 9 Januari 2013

nikmat dan musibah

assalamualaikum w.b.t



entry kali ni aku nak bg tau pasal ceramah yang aku dgr kat TB semalam iaitu sesi bersama dengan ustazah Hafizah, di tb9,.  setelah aku dengar sesi tu baru aku tau bahawa  :

jika kita mengalami kesedihan, kemiskinan, dan perkara yang kita tunggu untuk mendengar berita baik belum diasampaikan lagi, atau mendengat berita kematian seseorang itu jesteru kita akan  lagi dekat dengan Allah s.w.t kan? untuk memanjat doa kepadanya agar kita kuat dan tabah menghdapi semua ini, tapi sebenarnya pada masa yang sama kita telah mengingatiNya... jadi inilah yang dikatakan nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita iaitu nikmat yang sgt besar yang diperolehi.... bukan musibah yang dikatakan setiap orang jika dia ditimpa kesedihan malah nikmat yang dia dapat......syukur Alhamdulillah kepada kita semua kerana masih lagi mengingatinya jika kita berada dalam keadaan kesedihan....

tapi apa yang paling takut jika Allah. s.w.t memberi kita kesenangn dan sentiasa mendapat berita gembira sehinggakan kita lupa padaNya ini adalah suatu musibah yang besar berlaku dalam hidup kita kerana kita telah melupakanNya..... jadi apa yang disampaikan kat sini adalah selagi kita hidup di atas muka bumi ini setiap orang mempunyai ujiannya tersendiri.... x siapa pun boleh lari dari ujianNya.... tapi jika kita mengingatinya disetiap kita susah atau senang itu adalah nikmat yang terbesar Dia kurniakanNYA. 

jadi jangalah setiap ujian itu kita lupakan padaNya....ingatiNyalah selalu agar kita sentiasa menelan nikmat yang diberiNya supaya menjadi orang2 yang beruntung diatas muka bumi ini......... # nasihatpadadiri

sekian..............