Ahad, 9 September 2012

jiwaku serasi...

disini ada satu lagu serasi dgn jiwaku... 



Motiff Band-Tuhan jagakan dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu

Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai

Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Khamis, 30 Ogos 2012

doodle palestine

Doodle Palestine ni la yg paling lama lukis




Doodle Palestine perempuan
i

Isnin, 27 Ogos 2012

Setiap kesabaran itu ada ganjarannya..

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak satu masa kita merasa kan diri kita nie perlu/patut  dibebaskan dalam sesuatu masalah dan kita x nak melaluinya. Seringkali apabila seseorang itu mengadu pada aku ttg masalahnya, aku slalu katakan  padanya “setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya” dan”setiap dugaan yg diberi olehNya kerana kemampuan seseorang itu”… tapi berkata2 itu sgtlah mudah.. yg menghadapinya la susah.. sekarang baru aku merasainya apabila ditimpa dugaan aku igt kembali kedua kata2 itu.. mmg mudah mendengarnya. Tapi sukar menerimanya.. Allhamdulillah… Allah telah mengingati kita ketika kita ditimpa dugaan.. jadi setiap apa yang berlaku diharapkan dapat menangani dengan mudah dan tidak mengeluh..    ’nasihat dan peringati pada diri sendiri..’
…….seringkali gagal mengawal emosi kemarahan......

Isnin, 20 Ogos 2012

syawal penagganti ramadhan

Assalamualaikum...w.b.t



Sedar x sedar ramadhan telah meninggalkan kita .. semoga ramadhan yang akan datang sempat untuk kita temui semua...amin,..
sebelum mula aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang telah mengunjungi blog ini.. thanx kerana mengunjungi disini :) wink3...
syawal adalah bulan untuk kemerdekaan pada umat islam yang telah berpuasa dan menahan nafsu, lapar dan dahaga di bulan ramadhan... dibulan syawal juga sanak saudara kunjung mengunjung, kawan lama  berjumpa setelah beberapa tahun lamanya x berjumpa.
Tapi setelah melaluinya semua ini.. apa yang kita dapat lihat dizaman teknologi ini dengan wujudnya , iphone, samsung S1,S2,S3 &,... tablet,ipad ,............semua ini telah menjadikan kita semua terabai dengan saudara kita sendiri seperti terabai untuk melayan tetamu yang mengujungi...terutama anak muda. remaja , kanak2 ...kalau dulu datang rumah kanak2 bermain diluar , cth:berya dirumah jiran tetangga.,, ibu-ibu, bapa-bapa, makcik2, tokwan, nenek didalam rumah siapkan makanan untuk di makan.. tapi zaman telah berubah.. kerana x kira muda ke tua ke... asyik dengan ipad mereka yang baru beli tu.,,asyik dengan iphone yang baru beli tu, asyik dengan samsung yang baru beli tu.. anak2 dapat duit raya target nak bali samsung galaxy y, kononnya nak men game dalam tu enset tu...Laman sosial byk diwujudkan , terutamnya yang paling femes hari nie ..twitter la... facebook la... saudara dtg tanya umah ada wireless x? sebabnya nak berfesbuk,bertwitter ngn kawan. tuan rumah x dilayan .. bukan sahaja remaja yang giat berfesbuk malah org dewasa turut leka dgn berfesbuk... mmg sukar difahami dunia skrang....  jadi kita kalau kita g umah org jgn la berfesbuk ke.. bertwitter ke.. kerana melayan tetatamu tu adalah lagi sunat dari berfesbuk...... dan tetamu juga layan lah tuan rumah...kerana mereka lgi penting dan sunat untuk menziarahi...

janganlah kita terlalu leka dengan kehadiran teknologi terkini sehinggakan kita mengabaikan sanak saudara kita,anak- anak kita,.....

kita nie umpama diperdayai tipu daya teknologi terkini... jika kita salah gunakan nya..

Khamis, 16 Ogos 2012

Cerita Ramadhan (ttg seseorang)

Sebenarnya kisah ini adalah sambungan dari post tahun yg lalu iaitu yang bertajuk "kisah sahabat yang merindui sahabatnya" pada bulan june 2011.



Dicelah celah waktu nur mengambil masa untuk melupakan sahabatnya itu, nur telah bertemu dgn kawan2 yang lain. Dengani izin Allah s.w.t Dia telah mempertemukan nur dan dua orang sahabat yang sgt baik yang mengambil berat terhadap nur iaitu mereka berdua adalah sepupu.. Hati nur pun terasa selesa apabila bersama dua orang sahabat ini iaitu ila dan una(bukan nama sebenar)mereka kenal hanya satu semester sahaja tetapi hubungan diantara mereka sgt akrab. lama kelamaan hati nur mula dapat melupakan sedikit demi sedikit kepedihan yang dilakukan oleh sahabat lama nur itu. Alhamdulillah nur tidak lagi terasa kesunyian dengan kehadiran dua orang sahabat itu. Hari peperiksaan akhir hampir tiba, dan ramadhan dtg kembali, masing2 busy dengan test dan quiz. Tapi dalam busy, terdengar banyak berita sedih yang disampai oleh kawan2 (clasmate) nur iaitu kematian ayah kawan(clasmate) nur, bukan seorang yang menerima dugaan itu malah 2 dan 3 orang, nur berdoa agar kawan2 yang menerima dugaan itu dapat menghadapainya dengan tabah. Aidilfitri hampir tiba, cuti raya hanya diberi seminggu. Mmg sgt x cukup untuk perantau seperti nur yang tggl jauh daipada family untuk melepaskan rindu, tapi apapun sebagai seorang pelajar perlu la bersabar untuk menghadapi semua ini.

Selepas seminggu diberi cuti nur pulang ke kampus, bersama sahabat baiknya, nur mengatakan pada 2 sahabatnya dia x sedap hati selepas meninggalkan keluarganya itu. Setiba di kampus nur perlu menghadapi test dia menelefon ayahnya di rumah dan beritahu dia x bersedia dgn test yang diberi oleh lecturernya. namun ayahnya memujuk hatinya supaya berusaha lagi jangan giveup. keesokan harinya nur menerima panggilan dari abangnya yang menyatakan nur perlu pulang segera, kerana keadaan ayah sudah kritikal, ayah nur menghidap penyakit jantung lebih 10 tahun yang lalu.Nur memahami isyarat yang diberi oleh abgnya itu.. tapi hati nur merasa hairan kerana malam td dia baru shj berckap telefon dgn ayahnya.

Dua sahabat nur telah diberitahu oleh nur bahawa nur perlu pulang segera kerumah kerana ada kecemasan,.. didalam perjalanan kestesen bas nur terasa hairan sekali lagi apabila kedengaran suara sebak abangnya waktu menelefon td. Nur tidak mengindahkannya.. Setelah sampai di stesen bas, alhamdulillah tiket bas masih ada lagi untuk pulang kerumah . Kedengaran telefon bimbit nur berbunyi panggilan yang dilakukan ialah kakak nur, kakak nur bertanyakan pda nur "hg tahu x ttg abah??" nur mnjawab
"ttg abah?? abah dalam kecemasankan??".............kakak nur memberitahu hal sebenar"Abah dah meninggal dunia pagi tadi"....inalillah... dgn kesedihan menerima berita yang sgt sedih itu nur terduduk sorang2 di luar kaki stesen bas.. dia menangis tersebak2 dan sukar dia nak mempercayai bahawa ayanya telah meninggal dunia pagi td.. hatinya bagaikan telah dihiris nipis2 menerima berita itu, fikiran nur terus tringat kembali zaman silam nya waktu kecil ayahnya yang sentiasa memberi manja padanya. Dalam perjalanan pulang ke rumah nur menangis tanpa henti air mata berlinangan x dapat menahan lagi, mengalir sehingga tiada air mata nak mengalir lagi. Smpai sahaja dirumah nur melihat rumahnya kelihatan sayu cuaca yang redup.. selimut menyelubungi ayahnya... yassin dibaca oleh saudara maranya.. Nur tidak menyangka bahawa dia juga
akan menerima dugaan sama seperti kawan2 dia yang lalu. hati nur yang muda bebisik teralu muda dia kehilangan seorang ayah  yang disayangi. apapun hidup nur perlu diteruskan walau orang disayangi telah pergi jauh meninggalkan dia.Dari dugaan itulah nur telah belajar satu pekara iaitu "Hidup ini perlu belajar menerima kehilangn orang yang kita sayangi kerana semua itu bukan hak milik kekal hanyalah pinjaman semata2".

Dengan dugaan yang diberikan oleh Allah itu, nur tidak lg bersedih dgn sahabat yang tlah meninggalkannya itu kerana dia telah menerima ujian lebih hebat lagi pada itu, Nur tidak lagi memandang remeh sbgai berat kerana nur telah menjadi matang dengan dugaan yang diberikan yang lalu.

bersambung....