Khamis, 2 Februari 2017

Back to reality

Assalamualaikum,.
Malam yang menanti untuk di buai mimpi pada tubuh yang sangat letih, namun fikiranku berputar fikir pada masa yang lalu untukku menilai diriku ini.
Pada diriku yang selalu alpa dan leka dari mengingatimu ya Allah, 
Insan yg lemah yg sentiasa mengejar yang akan pergi jauh, yang dekat daku tinggalkan, masyaALLAH aku terlalu lupa untuk bersyukur apa yang t’lah Kau berikan padaku. Terima kasih pada adik yang telah menyedarku di ofis siang td. Katanya hiduplah dgn bersyukur. 
Beliau di uji bayinya, Allah telah ambil pada 3 minggu yang lalu iaitu usia anaknya itu baru sahaja 6 bulan., susu di badannya masih ada lagi namun dengan kehendak Allah dan takdir illahi mengambil anaknya pada usia yang sgt singkat. Kelihatan beliau sgt kuat menerima dugaan ini,tapi dalam hati hanya Allah saja yang mengetahui. katanya ini adalah takdir Allah. Allahuakbar, besar sungguh hati beliau menerima ujian ini “Moga kau tabah adik, kau kuat Allah saying kau”.  Usianya masih muda, ya muda dari aku tapi pemikiran sangat matang dan dewasa. Allah, kuatkanlah hatinya untuk menerus sisa2 hidupnya di dunia ini, setiap kali aku melihatnya menyedarkan aku bertapa aku perlu lebih bersyukur kerana ada lagi yang diuji lagi hebat dariku, 
Satu persatu ujian dari sahabat sahabatku di khabarkan diuji berbagai cara, moga yang derita sekarang akan lebih bahagia pada masa akan dtg, mungkin inilah caranya untuk Allah tegur aku untuk lebih bersyukur.
Kadang2 perlunya mengingati diri ini yang dulu untuk menilai diri yang sekarang agar lebih bersyukur.


Khamis, 19 Januari 2017

The day before tomorrow

Assalamualaikum pada yang sudi membaca disini, 

Sudah lama tak upadate di laman ini, 
Hidupku berubah 360 darjah bila aku move dari rumah dan bekerja di luar negeri aku. Alhamdulillah byk perkara mengajar aku tanpa aku mencarinya. Allah memberi peluang pada aku skali lg tuk memperbetulkan diri aku. Mencari diri aku, dan sentiasa memperbaiki diri. Itu adalah aim hidup kita di dunia.. Berubah menjadi sebaik mungkin.. Aku akui hidup di dunia ini sebagai manusia mmg berubah berubah mengikut situasi.. Manusia juga tak dapat sama kan momentum yang dulu dan sekarang. Ku lihat semula kisah hidupku dari kecil hingga sekarang semuanya ada kaitan dgn apa terjadi. Pepatah mengatakan hidup tak selalunya di atas. Kadang di bawah.. Dan jangan bersedih kalau kita sedang berada di bawah.. Sebenarnya kita tengah menuju ke atas.. Dan jika berada di atas, jangan lupa kita sedang menuju ke bawah itulah kehidupan. Hanya Allah yg dpt mengubah semua.. Manusia hanya merancang tapi apa terjadi adalah di tangan Allah.. 
Yang penting bersyukur apa yg dikurniakan untuk kita.

Salam..