Ahad, 7 Mei 2017

Kursus Umrah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 

syukur pada nikmat yg Allah kurniakan pada kita,
SubhanaAllah kali ini dan pada umur 27 tahun aku berpeluang bersama ibuku dan abang abang ku ke mekah pada 24 Mei 2017 ni,. MasyaAllah saat aku terima berita aku di sponsor oleh ibuku untuk ke Mekah hanya Allah sahaja yang tahu kegembiraan aku. Lagi 2 weeks untuk ke sana.
Semalam aku telah pergi kursus umrah di masjid seksyen 7 shah alam,

 Alhamdulillah ustaz yg Hasnul Jamal byk memberi ilmu tentang menunaikan haji. Sebelum ni aku rasa mmg tak bersedia apa apa, tapi kali ni aku ada keyakinan sikit tuk ke sana. Saat ustaz membuat demontrasi mengelilingi kaabah kecil beliau di masjid semalam hati aku dah terasa bergetar. bertapa kecik nya diri aku dgn Allah. MasyaAllah. diri ku bakal berjumpa kaabah lagi 2 weeks.

Di harapkan aku dan keluarga sampai selamat di mekah dan dapat menunaikan umrah dgn sempurna.
Umrah yang kami akan lakukan di bulan puasa. Alhamdulillah ya Allah beri peluang pada aku.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...