Rabu, 22 Jun 2016

The cat missing

Missing??
Atau dia lari.. sebab tinggalkan anak anaknya lepas lahirkan anak..
hurm sedih rindu dia..
dia seekor yg lasak..
independent..
determined...
pembersih..
tapi lari dari rumah hampir sebulan yg lalu..
Aku jumpa dia di sebuah rumah sewa kawan aku , ku bawanya pulang masa usianya masih baby. dalam 4 minggu macam tu bersama ibunya dan abangnya si hitam.. tapi hitam tu dah larikan diri sejak awal lagi selepas dia di ngorat oleh kucing jantan si hitam. agaknya kekasih pertamanya kaler pun sama sama hitam. tapi aku harap dia masih hidup walaupun hubungan dia dgn kami dirumah kurang mesra. tapi si adiknya sgt mesra dgn kami. berbadan hitam bawahnya putih bersih,. adik dan abgnya sgt pembersih. sayang mereka.. rindu mereka..  bawah ni gambar adik nya... abangnya ada tapi tak igt kat mana simpan.dlm phone lama rasanya.




Selasa, 10 Mei 2016

Hym for The Weekend

Hai, Assalamualaikum semua :)

Hym for the weekend. everyday rasa macam weekend.
Sebabnya hehe.. ada la.
Btw aku tengah melalui penghujung semester.
article hampir 80% nak siap. tapi tu pendapat aku la
my supervisor tgk tak tahu dia ckp apa lg.

One more thing. result proposal aku dpt sgt bernas . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa aku tgk result aku.
aku paling tertinggi dari antara yang lain. syukur.
sebenarnya aku tak expect pun result aku dpt macam tu ** sigh.
Allah nak bg. rezeki milikNya,
Tajuk research aku semakin lama semakin kena dengan jiwa aku
pada mulanya aku rasa beban dan tak suka. tapi cuba memahaminya. Alhamdulillah

Poster untuk exhibition pun hampir siap tinggal untuk isikan content yg penting saja
tak sabar nak hias hias meja time exhibition nati untuk perform yang terbaik dalam hidup aku.
Yeah!... tak tahu mana semangat dtg ni. mungkin berkat doa dari ibuku, keluargaku dan kawan kawanku.Love them.

Dalam minggu ni kawan-kawa travel aku, diaorang ajak aku pegi segantang garam. Unfortunately, aku tak dapat join. kat sana aktivi macam best, memancing, memasak makan makan ramai. yelah program tu ramai yang join sebenarnya budak budak opis lama. budak budak teknikal
diaorang tu baek. terisi hidup aku. Tapi aku nak fokus dulu project aku ni sebab peluang hanya datang sekali. aku harap diaorang faham. semoga program diaorang berjalan lancar.  Ha gambar kat bawah tu la suasana segantang garam di merbok kalau tak salah. try la korang ajak family korang buat family events situ sambil memancing.

Lagi satu, kucing aku dah beranak  april ritu. Dia dapat 3 baby dua hitam putih 1 lg hitam semua. aku rasa bapa kucing hitam melegam. tapi semua comel comel belake.

lepas habis master ni aku target nak pergi bercuti kejap dgn kawan kawan. hope ada masa untuk kami nak pegi kelantan. sana king of food. aku suka susana dekat sana. ada pantai yang cantek cantek. malam bole pegi wakaf che yeh. lagi pun org kelantan peramah semuanya. tak rasa kekok ke apa ke.  buat kan aku in love disana. arwah abah aku pun suka dulu bawa kami jalan jalan ke sana kalau cuti sekolah :).

Segantang garam

Ahad, 17 April 2016

Jejak Gelandangan di Penang

Assalamualaikum...

Pada 13 April 2016, Zakat dan beberapa NGO terlibat dalam jejak gelandangan untuk memberi makan kepada mereka dan bertanyakan khabar. Di sebalik masalah ini apa yang mereka hadapi adalah masalah hidup mereka yang buntu untuk mencari jalan keluar dan akhirnya mereka memilih untuk berumah tepi jalan. Dari tinjauan yang kami dapat ada beberapa gelandangan yang segaja memilih untuk menjadi gelandangan walaupun mereka memiliki rumah di sekitar kawasan itu. Ini kerana faktor masalah rumah tangga yang tak dapat di selesaikan, oleh itu mereka  mengambil keputusan untuk lari dari masalah dan menjadi gelandangan. Ada yang mengatakan menjadi gelandangan mudah kerana mereka tak perlu sewa rumah dgn kos yg mahal dan kadang kadang mendapat makanan yang diberi oleh badan badan sukarela. Selain itu, apa yang dilihat masalah dari sudut lain adalah kerana gejala sosial dan kurangnya didikkan agama untuk mereka. Ada yang telah berputus asa untuk hidup dan hanya hidup simpati dari org ramai sedangkan kudrat masih cukup untuk kerja.

#Rupanya ramai rakyat di Malaysia ni buntu untuk mencari jalan keluar selepas mereka menghadapi tekanan hidup. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka yang menghadapi putus asa dalam hidup.

sEsungguhnya sesudah kesukaran pasti ada kesenangan
Video dibawah di balik tadbir mereka yang mengusaha untuk jejak gelandangan.


Rabu, 13 April 2016

Misi Kemanusiaan Danglau

 

Assalamualaikum...
Selamat petang.
Aku ingin kongsikan detik detik kami telah membuat misi di Danglau Sik, 1 April 2016
Diberi bantuan pakaian, makanan, kepada  mereka yang fakir miskin yg perlu membesarkan anak anak mereka untuk persekolahan..

Sedih dan pilu 
Aku patut bersyukur apa yg ku miliki 
kerana ada yg lebih besar lg di uji
MasyaAllah..
Di buka mata ku ini.
anak anak kecil membesar dgn serba kekurangan
sedangkan ku disini sgt lah selesa dgn apa yg miliki

Syukur Alhamdulillah.
Semoga dpt peluang lg dpt jumpa mereka yg memerlukan bantuan dari kita.

Terima kasih kakitangan yg menjayakan program ni.
Moga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan  :) 
Alhamdulillah
InsyaAllah ada rezeki kita jalankan lg program ni..

Ameen

Selasa, 1 Mac 2016

Doa Mencari Cinta

Assalamualaikum..


Kehidupan ini penuh dengan dugaan.
Sebab itu kita berhajat ke syurga.
Kerana dunia ini hanya persinggahan yang sangat singkat.

Kita melihat kejayaan seseorang itu..
Namun kita tidak tahu keperitan yang dia menanggung sebelum itu
Nasib seseorang itu tidak sama
Kerana percaturan hidup di dunia ini telah Allah tentukan..
Ingat segala liku dan perjalanan Dia yang telah menentukan di lauh mahfuz.
Apa yang kita rasa adalah apa yang diizinkanNya.
Setiap dugaan dan ujian adalah teguran terus dariNya,.

Jika hari ini kita bersedih dengan apa yang ujian di timpakan..
Ingatlah..kesusahan takkan selamanya.. akan datang kesenangan...
sesudah siang pasti datang malam...
sesudah hujan pasti muncul pelangi..

Cinta Ilahi itu tidak pernah berhenti terhadap hambanya..
Kita yang selalu alpa dan lupa kepadaNya apabila di beri kesenangan..
Dengan ujian yang kita lalui dalam keperitan itu...
Adalah bungkusan hadiah yang tak ternilai daripadaNya...
Meskipun Ujian bungkusan itu terlalu buruk untuk kita..
Dan kita terpaksa buka helaian demi helaiannya dengan keadaan terpaksa,
Namun hakikat disitu terdapat isi dalam terlalu indah untuk kita...
Itulah liku liku ujian hidup kita yang terpaksa di harungi sebelum mengecapi kemanisan hidup yang sebenar.

 " Ya Allah... hari ini aku menerima bungkusan yang isi di dalamnya adalah ujian untuk ku...
kau kuatkanlah hati aku untuk mencari cintaMu...
Disini aku belajar erti kelemahan diriku sendiri..
Disini aku mengetahui rapuhnya diriku terhadapMu..
Disini aku sedar terlalu alpa aku melupakanMu apabila aku bahagia..
Disini aku sedar Kau selalu berada disisiku walaupun aku melupakanMu...
Aku lupa padaMu yaAllah...
CintaMu mengatasi segalanya...
Jadikanlah aku mencintaiMu ketika aku sedih dan bahagia... agar sentiasa bersyukur padaMu..
"

Doa Mencari Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padannya agar tidak melebihi cintaku padaMu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak jatuh aku dalam jurang cintaMu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah, jika aku rindu jagalah aku rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu...

 Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bayang bayangMu...

Ya Rabbi, pertemukanlah aku dengan seseorang hambaMu yang dapat menjamin kehidupanku di dunia yang fana ini supaya aku dan dia tetap patuh dan redha dengan kehendak dan iradahmu...

Berilah taufik dan hidayahMu agar aku tetap mencintaiMu, orang yang mengasihiMu dan seseorang yang dapat menjamin solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukMu.










Sabtu, 20 Februari 2016

Bahagia itu apabila iman diuji


Iman itu bahagia. 
Iman itu diuji. 
Justeru, bahagia itu bila diuji,

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting (Pahrol Mohamad Juoi,2012).

Rasailah keperitan ujian ini dengan penuh bersyukur,
ujian itu ditimpa kerana Allah sayang pada hambanya,
untuk hambaNya mencari Dia dan bergantung padaNya.

Ingat, Allah tidak pernah jauh dari kita,
Tapi kita yang yang jauh dariNya
Allah itu rindu rintihan kita padaNya
bertapa besarnya cinta Allah pada kita
 Kita yang leka melupaNya


Selasa, 16 Februari 2016

Luka semalam masih ada


Luka - luka yang lalu pun belum sembuh,
Mengapa mahu mencari luka yang lain lagi?

Sembuhkan luka - luka yang ada.
Jadi yang terbaik di mata Allah

Ahad, 31 Januari 2016

Pada Mu Aku Kembali

Assalamualaikum...

Pada Mu aku kembali yaAllah..
Aku lupa padaMu setelah sekian lama..
Susah dan senang aku tidak mencariMu..
Ampunkan aku yaAllah.. kerana aku telah sombong di muka bumi ini..
Terima kasih yaAllah kerana mendidik aku dengan ujian Kau berikan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Moga aku berterusan bergantung padaMu yaAllah dan tidak terleka dengan kealpaan duniawi...
Semoga insan yang pernah hadir di dalam hidupku bahagia dalam mencari cinta yang sejati..
Terima kasih sahabat kerana mengajar aku apa itu erti kasih sayang dan menghargai seseorang..
Akan ku sematkan segala pengajaran yang ku dapat dan belajar untuk menghargai seseorang kelak.

Sekian.. smile :)