Isnin, 15 Disember 2014

Kebahagiaan itu Indah.


Indah ,
Indah kebahagiaan itu,
wujudnya dari diri,
diri yang ikhlas melaksanakan,

awan yang mendamaikan.,
lori, kereta, moto dan asap2
menyelubungi di pagi hari,
keadaan suasana pagi semua bergegas ke tempat kerja masing dgn urusan masing2.
sedarkah aku., minda belum dibuka bagaimana mahu menggamit kebahagiaan itu..
aku masih tercari2 dalam kegelapan..

terlintas di fikiran pada seseorang,
seseorang yang byk membuka ruang mindaku yg sekian lama terpaku,
fikiran ku terus melayang terhadap dirinya dan hidupnya,.
aku seakan-akan berada di dunianya.,
meskipun aku tidak pernah mengalaminya.,
aku seolah-olah dapat menggambarkan,
tentang perasaannya dan pengorbanan terhadap hidupnya,.
pelahan lahan, minda ku cuba menyimpulkan sesuatu,.
apa yang telah ku gambarkan dan rasakan.,
sungguh, aku adalah manusia bertuah,.
kerana tidak diuji sehebat beliau diuji,.
diri ku harus bersyukur,.
kerana ujian aku tidak seberat ujian beliau alami.,
namun.,
apa yang telah beliau alami, amat aku kagumi,. dgn pengorbanannya.,
kasih sayangnya, dan tanggungjawabnya.,

dari kisah hidupnya.,
aku sedikit demi sedikit belajar,
belajar menghargai sesuatu,
belajar mencipta kebahagiaan,
belajar memaafkan,
belajar bertanggungjawab.,

semoga keadaan yang sentiasa tabah menghadapi hidup ini,.

Selasa, 2 Disember 2014

Today my birthday...


Assalamualaikum,..

Syukur alhamdulillah aku masih bernafas dimuka bumi yang penuh kenikmatan Allah berikan...
Terima kasih kepada kedua orang tuaku yang penat lelah membesarkan aku sehingga kini.
Moga arwah abah bahagia disana. dan ibuku mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Terima kasih keluarga..
Terima kasih sahabat-sahabat yang menjaga aku..
Sayang mereka..

dan terima kasih kepada someone yang telah susah payah lakukan ini..
http://nazrinafathahiyah.my


Wasalam...

Selasa, 14 Oktober 2014

With them i Love


Pagi yang cerah dan dingin..
Bersama mereka yg berkongsi kebahagiaan
Akan terpahat di dalam hati yg sunyi..
Bersama menyelami keindahan kurniaan Allah..



Jumaat, 26 September 2014

Hidupku berbeza


Hidupku dan hidup lain adalah berbeza.. sangat berbeza..
perasaanku dan perasaan lain juga berbeza..
apakah aku tidak memahami atau perlu dipahami..
apakah aku melakukan kesilapan tanpa mengetahui itu adalah kesilapan..

diri berkata tidak , tapi hati berkata ya..
ya kerana aku melakukan kesilapan terhadapMu ya Allah...
terlalu jauh aku melupakanmu ya Allah..
terlalu jauh aku tersasar..

Ya Allah.. kembalikan aku padamu Mu..
dekatkanlah diriku kepadaMu..
bukan dekatkan kepada manusia yang boleh menjauhkanMu ya Allah.. 

kuatkanlah aku ketika aku lemah..

lemah.. aku lemah..
hanya Engkau yang memberi kekuatan kepada aku..
diriku Kau yang mencipta..
Kau berhak atas segalanya ya Allah,..

Aku tiada apa-apa didunia ini...
jauhkan aku dari sifat takabbur..
ya Allah jadikan aku , keluargaku dan sahabat-sahabatku di kalangan orang-orang yang mentaati Kau ya Allah...

Aminn...

Rabu, 10 September 2014

Jumaat, 29 Ogos 2014

S.H


Assalamualaikum,

To S.H

Thank you because come to my life,
I like the way you treat me,
I like the way you work,
I like the way you treat your family. It's become inspire for me.

You are very kind person,
You deserve to be happy,
You are strong heart man,
You also likeable person.
And a polite person,

You are good motivator,
You are good lecturer, as my teacher.
You are good listener,
And also a gentle,

The more I know you, the more different you are.

Thanks for everything.  ( nfar.esy.es )
I'd love to see when you shy. =P

Isnin, 18 Ogos 2014

datang dan hilang



Sahabat
tika aku bersendiri,
kenangan lalu mengungkitku kembali,
setiap peristiwa berlaku di saat bersama,
membuatku bertambah rasa rindu

kau datang tiba-tiba,
kau pergi tiba-tiba,

datang kau mengisi kekosongan hati,
datang kau menjadi pelangi hidupku

sahabat,
kau mengajar aku erti kebahagiaan,
kau mengajar aku erti kasih sayang,
kau mengajar aku erti bersatu,

sahabat,
disaat kita sama-sama mencari ilmu,
hatiku dapat merasakan hatimu juga bersatu,
disaat aku memerlukan luahan,
kau yg sedia mendengar,

Semoga bahagia sahabat,
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.


Keindahan pelangi untukmu.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Quote of the day


The more you study,
the more subsequently know,
naturally the more u know,
-Jack Kerouac-

Selasa, 5 Ogos 2014

Tika dan Saat ini.

Sunyi tenggelam
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan mati
Di sisiku
Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merendang semalam
Mungkin takkan berbuah
Hanya meneduhkan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya oo
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan
Selamanya
Berikanlah pengertian
Waktu ku di hujung jalan
Berbicara bahasa Tuhan
Yang menoroh penyesalan
Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk disambut
Biarpun tak bersungguh
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam~
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam
Air mata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan

Bila Diri Disayangi







Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

SubhanaAllah.

Isnin, 16 Jun 2014

Seribu erti Engkau mengetahui


Seribu erti Engkau memberi aku rahsia..
   rahsia yang perlu aku simpan...
        Sehingga tepat pada waktunya aku perlu memberitahu kepada seluruh alam...
             Malangnya.. meskiku tahu berat untuk aku menanggung semua ini..
                   Engkau maha mengetahui, aku adalah layak untuk menyimpannya..


Ya Allah...kau berikanlah kekuatan hatiku ini...
Kekuatan yang luar biasa...agar aku dapat menanganinya dengan hati yang tenang..
Jika ini adalah ujian kau berikan pada aku...aku redha ya-Allah...
Kerana Engkau Maha mengetahui yang mana terbaik untukku..

Maha suci Allah...
 Sesungguhnya hambamu ini tidah terdaya untuk menyakiti hati manusia yg lain..
  Ku cuba untuk menjaga hati setiap insan...
   Namun ku jua memiliki kelemahan yang Kau kurniakan...
    Ampuniku ya Allah jika aku telah menyakiti insan-insan yang telah kau hadirkan dalam hidupku,

aku insan yang penuh kelemahan.





Ahad, 15 Jun 2014

Cinta Ilahi..




Ya Allah,.. jika aku jatuh cinta..
                                      ...Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu....
                                            ....agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Rabu, 4 Jun 2014

Kembali Semula




Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Seseorang yang berperang kerana harta rampasan, ingin disebut-sebut(sebagai pahlawan), dan kerana ingin melihat kedudukanya, maka siapa (di antara mereka)yang fi sabilillah?

Rasulullah s.a.w menjawab, 
"Siapa yg berjuang agar kalimah Allah menjadi tinggi, maka dia berjuang di jalan Allah."

Jumaat, 4 April 2014

Ingatan yg segar

Bismillah...

Segar...
Ingatan yang segar,
Walaupun kau telah pergi sekian lama,
Namun pengorbanan kau dalam hidup ini tetap segar di dalam ingatanku..
Segar.. Segar saat kau curahkan kasih sayang terhadap ku...
Terasa sehingga kini kesegaran kasih sayang yg telah yang diberikan..
Walaupun telah lama tiada dan tidak akan ada lagi pengganti kasih sayang itu...

Kau pergi ...  meninggalkan aku... tanpa selamat tinggal padaku..
Kau pergi ... meninggalkan barang-barang yang sentiasa membuatkan aku segar diingatan...
Kau pergi ... meninggalkan kasih sayang,..
Kau pergi .. meninggalkan ilmu yang kau curahkan..

Lagu-lagu bermain diradio ..
seolah-olah memahami fikiranku di saat ini...
lagu-lagu yang kau suka membuatkan bertambah lagi aku merinduimu...
apa khabar kau disana...

pernah dahulu kau ajar untuk tahu jalan-jalan dibumi ini...
jalan-jalan yang pernah kau bawakan aku pergi dahulu ..
membuatkan aku terus teringat kembali memori-memori yang dahulu...
memori-memori bersama kau...
atas kereta....
sungguh bahagia muka kau bawakan daku jalan-jalan...
daku juga suka dan menceritakan cerita yang banyak pada kau,.
cerita kawan... kawan baik... ayah kawan baik... 
kau hanya mendengar dan memberi pendapat...
terasa indah...

Kini...
tiada pengganti...
kau pergi..
aku hanya mampu mendoakanmu...
doakan kebahagiaan disana..
sungguh singkat usiamu..
tapi sesingkat usiamu.. kau telah byk bermanfaat padaku..


alangkah indahnya dapat melihatmu bahagia......

al-fatihah untuk arwah abah...

Khamis, 13 Mac 2014

Angin yang berubah dengan perlahan.

Bismillah...

Hari ini dan semalam tidak serupa dengan hari-hari yang telah berlalu,
setiap hari pasti tak akan sama dengan hari-hari yang berlalu,
meskipun merasakan sama seperti hari-hari yang lalu namun kenyataannya tetap ada perubahan,
apa yang penting perubahan yang berlaku pastikan menjadi yang terbaik dari hari-hari yang sebelumnya..

dari Sintok ke Alor Setar,
dari Alor Setar ke Penang,
dari Penang ke Kulim,
dari Kulim ke Penang
dari Penang ke Alor Star,
dari Alor Setar ke Sintok,

begitulah rutin harian yang berlaku untuk 2014,

Jumaat oh jumaat
saban hari tak sabar menanti ketibaanmu
dapat melepaskan kerinduan terhadap keluarga tersayang

ingin berbakti terhadap keluarga
agar dapat meninggalkan mereka dengan penuh manfaat yang telah dicurahkan
kelak tidak menyesal di kemudian hari

Ya Allah...
Tabahkanlah hati hambaMu yang lemah ini..










Sabtu, 1 Februari 2014

Petang yang samar..

Assalamualaikum w.b.t

Pagi.... tengah hari.... petang.... dan malam...
Rasa bagaikan berada diwaktu yang sama sahaja...
Tidak bisa untuk membezakan waktu ini..
Kerana yang membezakan adalah perbuatan di hari ke hari...
Iaitu bertambah baik atau tidak.....

Hiburan....demi hiburan...
Umpama aliran air yang deras...
Tidak dapat menolaknya....
Membolehkan terhanyut andai terleka di seketika waktu....
Hati yang bergejolak di saban waktu...
Merasakan tersasar seketika...

Andai....
Di beri masa untuk undur kembali...
Tuhan bantulah aku...
Andai aku tersasar dan tersalah arah...
Tunjukilah aku jalan yang lurus....
Supaya aku sentiasa bersujud keranaMu ya Allah s.w.t.

Wasalam...



Isnin, 13 Januari 2014

S.a.h.a.b.a.t

Assalamualaikum

Jika ukhuwah kita dahulu sangat kuat...
Setiap hari kita berbicara kerana Allah..
Setiap hari berbicara tentang ibadat kita ni diterima atau tidak oleh Allah s.w.t..
Kita ditemukan kerana Allah...
Dan kita berpisah kerana Allah..
Sudah menjadi adat manusia hidup di dunia ini...
Sahabat walaupun kita berjauhan tetapi ukhuwah yg terbina ku doakan semoga hingga kesyurga, semoga berbahagia sahabat dan kuat menghadapi dugaan....ukhuwah fillah...

Khamis, 9 Januari 2014

Tika ini... aku ingin....

Assalamualaikum...

Tika ini fikiran ku berfikir tentang masa depan ku...
Aku juga ingin melihat sahabat-sahabat aku bakal menjadi seorang ibu atau ayah yang bertanggungjawab
pada anak-anak mereka kelak, menjadi isteri atau suami yang soleh dan solehah, mendidik anak-anak penuh dgn perihatin untuk generasi yang akan datang,....

Tika ini juga aku terfikir tentang hubungan aku dgn keluarga aku, dan juga sahabat-sahabat aku...
kepada keluarga dan sahabat-sahabat ku... maafkan aku dgn kelemahan aku...
maafkan aku dgn kesilapan yang telah aku lakukan...

Tika ini juga, aku sgt perhubungan yang setiap terbina ini kekal hingga ke syurga....
Setiap pertemuan kita itu adalah aturan dari Allah s.w.t..
Pertemuan kita itu adalah yang terbaik tuk kita kerana Allah yang telah menemukan kita...
Alhamdulillah...
Moga kita menerima dan bemuhassabah terhadap diri sendiri.....