Rabu, 23 November 2011

APABILA SANGKAKALA DITIUP.



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Rabu, 2 November 2011

Untukmu yang Tersayang






Jom dengar ini... syahdunya si kecil menyanyikan lagu ini untuk ibunya :)

Jumaat, 9 September 2011

Perkara-perkara yang menyebabkan hati Menjadi gelap.

Assalamualaikum w.b.t






Entry kali ini bertajuk ialah Perkara-perkara yang menyebabkan hati kita Menjadi gelap dari mengingati ALLAH....

1.   Cintakan makanan yang lazat-lazat sehingga membuatkan kita terleka dan terlupa untuk berpuasa sunat.
2.   Cintakan tidur menyebabkan kita kurang beribadat kepada ALLAH.
3.   Sukakan makan angin dan bersiar-siar menyebabkan kita lupa  lakukan amalan2 sunat yg mudah kita            buat.


Renung-renungkanlah dan selamat beramal...



 

Selasa, 30 Ogos 2011

selamat hari raya

Assalamualaikum w.b.t





Selamat Hari Raya buat sekeluarga ,sanak saudara ,sahabat handai semoga sihat dan diberkati Allah s.w.t juga semoga tahun ini menjadi lebih bermakna dalam hidup kita .

wasalam...

chill :)

Selasa, 23 Ogos 2011

aku menyebut namaMu





Assalamualaikum w.b.t

semalam aku terdengar lagu yang dinyanyikan seperti lirik dibawah ni. aku cuba hayati setiap perkataanya. Dan aku dapati lirik di bawah ini sangat bermakna dan maksud tersiratnya sgt mendalam sebenarnya. Sememangnya kalau kita lihat video lirik ini dia hanya menyanyikan kepada kekasihnya , tapi cuba kita lihat dari segi positif lirik ini , ada kalimah Allah yang boleh kita selitkan di setiap bersesuaian dengan perkataanya. 

ini antaranya :

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu(ya Allah)

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir..

Bila ku sedari diri disayangi (ya Allah)
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu (ya Allah), 
terasa diriku kembali dipandu

Engkau(ya Allah)yang pertama, tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah(ya Allah) cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu(ya Allah)
Ku berserah diri..


lagu- ukays, bila diri disayangi

**Kesimpulannya.. dengan cara apa pun kita boleh mengingatiNya disetiap masa.... ;)

Damai jasad ada pada sedikitnya makan..
Damai hati ada pada sedikitnya keinginan..
Damainya lisan ada pada sedikitnya bicara.. 


Sekian..

Ahad, 21 Ogos 2011

semalam..hari ini dan esok..




Assalamualaikum w.b.t.



Syukur kepada Illahi kerana Dia telah memanjangkan usia kita semoga kita semua berada dalam keadaan orang yang bukan didalam kerugian.. :)

        Sahabat adalah sesuatu yang susah untuk diungkapkan, kehadiran mereka kita tidak pernah merangcang atau dirancang kerana semua itu adalah datang dari ketentuan Ilahi.hanya Dialah yang menentukan mana yang terbaik untuk kita. Tidak semua orang memiliki sahabat yang begitu ramai tapi ada yang pula memiliki sahabat yg begitu ramai malah semua sahabatnya sangat akrab dengannya tetapi ada pula orang yang mempunyai sahabat ramai tapi tidak seorang pun rapat dengannya, hanya orang2 yang tertentu sahaja akrab dengannya.  Ada pula baginya family adalah segala2nya, sahabat adalah hanya untuk bekerja atau belajar semata-mata. Dan kita x dapat lihat hati dan perasaan seseorang itu.Ada pepatah mengatakan iaitu "Rambut sama hitam tapi hati lain2" .


Sesungguhnya tak ternilai seseorang itu memiliki sahabat yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan. dan bukan sahaja semata2 dengan itu, malah ada juga sentiasa yang menegur kesalahan yang kita lakukan sehari harian tanpa kita menyedari kita melakukan kesalahan .terima kasih sahabat :)

 Chill :) 







Jumaat, 5 Ogos 2011

Tips menjaga silaturahim dengan persaudaraan.


Assalamu'alaikum.
Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda...




Entry kali ini adalah tentang membina perpaduan dikalangan persaudaraan yang kita miliki.
kadang-kadang kita terleka untuk membina ikatan yang kukuh atau tali persaudaraan yang kuat yang telah kita miliki. Pernahkah kita memiliki dan mengenali sahabat atau rakan-rakan pada masa yang singkat? dan dengan izin Allah, Dia yang memberikan masa yang singkat kepada kita untuk kita mengenali mereka(sahabat2) , disebalik itu pula kita dapat rasakan kita dan sahabat itu menjadi rapat pada masa yang singkat itu. Ini adalah kurniaan yang diberi olehNya tanpa kita sedari. Sesungguhnya Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi jangan lah kita mensia-siakan hubungan persaudaraan yang telah kita bina ini.

Untuk memperkukuhkan tali persaudaraan ini  adalah antaranya kita mestilah mengungkap rasa cinta kepada saudara kita, ini kerana Rasulullah pernah bersabda " Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya"(riwayat Abu Daud, hadis sahih). ini akan memberi kan satu penghargaan yang tidak ternilai terhadap sahabat yang dicintai itu. 

sewaktu kita diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengannya maka haruslah kita menunjukkan wajah yang sangat bahagia,  Rasulullah pernah bersabda "Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria ."(Riwayat Muslim)

Seharusnya kita menyebarkan salam kepada sahabat-sahabat kita agar kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Rasulullah pernah bersabda " Demi zat yang diriku di tanganNya, kamu tidak akan masuk kesyurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai?? sebarkan salam antara kamu".(riwayat Abu Daud)

Selain itu, adalah saling memberi hadiah kepada saudara kita sebagaimana Rasulullah bersabda "Hendaklah kamu saling memberi hadiah , kerana hadiah itu dapat mewarisi rasa cinta dang menghilangkan kekotoran hati."(Riwayat al-Tabarani)

Saling bantu membantu juga adalah penting untuk memperkukuhkan lagi tali persaudaraan kerana dalam hadis Nabi s.a.w " Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin didunia , nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan org yang kesusahan , nescaya Allah akan memudahkan kesusahannya didunia dan akhirat. dan sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya nescaya Allah akan menutup aibnya didunia dan diakhirat.Dan Allah selalu menolong hambaNya jika hambaNYa menolong saudaranya.(riwayat Muslim)

Kunjung mengujung saudara adalah satu perkara yang mulia disisi islam. Nabi bersabda :Allah s.w.t berfirman "Pasti akan mendapat cinta-Ku org yang saling mencintai kerana Aku. kedua-duanya saling mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.(Riwayat Imam Malik dan al-Muwatta).

Saling memafkan org lain. Allah berfirman "Dalam pada itu (ingatlah) , orang yang bersabar dan memaafkan  kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya itu perkara2 yang dikehendaki di ambil berat.(Surah al-Syura 42:43)





"Sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH, mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya meninggikan takut kpd Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah."




sekian..

Khamis, 4 Ogos 2011

Kata-kata itu Doa

Assalamu'alaikum.
Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda...


Adakah kita terfkir setiap percakapan yang keluar dari mulut kita itu adalah sebahagian dari doa?
Sesungguhnya kita manusia yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan kadang-kadang apa yang kita lakukan  itu, kita x menyedarinya bahawa  benar atau salah, ini kerana Allah s.w.t telah mengurniakan anugerah yang sgt x ternilai kepada setiap manusia untuk dibezakan dengan makhluk Allah yang lain iaitu akal fikiran supaya kita dapat berfikir setiap tingkah laku yang kita lakukan ini adalah betul atau salah.

Kadang-kadang kita x menyedarinya bahawa kata2 kita boleh menjadi doa yang termakbul oleh itu berhati-hati lah sewaktu bercakap kerana yang baik membawa manfaat tetapi jika yang buruk keluar dari  mulut kita binasa badan yang menanggungnya.




Perkara ini terjadi satu kisah yang agak mudah untuk kita fikirkan...

Pada suatu hari dua orang sahabat sangatlah akrab iaitu ahmad dan arif, setiap hari mereka menghabis kan masa bersama2. ini kerana mereka berjiran berdekatan.

suatu hari ahmad dan arif bermain2 di halaman rumah , mereka terlihat rambutan masak merah. lalu ahmad mengajak arif panjat pokok rambutan tersebut. memanjat pokok adalah satu kemahiran yang dimiliki oleh mereka. kedudukan ahmad lebih tinggi lagi dari arif , arif memilih dahan yang agak rendah sedikit. mereka memetik buah tersebut dan terus dikunyah.

ibu ahmad kebetulan memberi makan kepada ayam di belakang rumahnya lalu ternampak anaknya itu di atas pokok dia berkata "Ahmad buat apa atas pokok tu ? nanti jatuh kan ada byk kerengga tu!, " jerit ibu Ahmad.

Mendengar jeritan ibunya itu lalu ahmad memandang kearah ibunya , akibat hilang keseimbangan badan diatas pokok itu Ahmad cuba menggapai dahan berdekatan lalu terpegang pula sarang  kerengga yang berbalut kemas dibalik helaian2 daun... gedebuk ! Ahmad jatuh ke tanah dan di penuhi kerengga di mukanya...

Manakala Arif yang berada agak kurang tinggi itu turut hilang keseimbangan badan akibat melihat Ahmad terjatuh . Ayah Arif terus menjenguk diluar akibat terdengar suara jeritan Ahmad lalu terlihat anaknya yang masih berada di pohon itu dan berkata kapada Arif "Hati-hati Arif !! pengang dahan itu kuat2 !!"
Ariff berjaya paut kuat dan bertindak segera turun  dari pokok. tiada apa2 berlaku pada Ariff. 



pengajaran dari cerita tersebut:

Kata-kata mencetuskan doa. Kata- kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dang tindakan yang juga positif. begitulah disebaliknya. :)

Sekian...

Isnin, 1 Ogos 2011

Assalamualaikum w.b.t ;)
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak :) semoga Ramadhan yang
 datang ini membawa seribusatu makna :)

Jumaat, 8 Julai 2011

Proverb buat ku terfikir sejenak...





Assalamualaikum..w.b.t 



"U  CANNOT POUR TEA INTO A FULL CUP" -------> CHINESE PROVERB
"I HEAR BUT I DON`T LISTEN" ------>ENGLISH PROVERB


chinese proverb bermaksud jika seseorang itu berguru atau belajar dgn gurunya janganlah anggap dia tahu segalanya... walaupun apa yg gurunya ajar itu sudah ia pelajari..., haruslah kte kosongkan fikiran itu supaya apa yang guru curahkan pada kte dapat memenuhinya.....

Tujuan aku post proverb ini bagi aku sgt mendalam maksudnya.. aku mendapat ayat ini daripada sahabat aku.. sewaktu dalam kelas sedang lecturer bg syarahan aku mengatakan aku malas nak belajar then sahabat aku telah mengeluarkan kata2 yang membuat aku terfikir sejenak sehingga hari ini x akan aku lupakan iaitu " u cannot pour tea into a full cup" thanx friend :)


Dan english proverb ini juga aku dapat dari orang yang sama. seringkali dia mengajar aku tetapi aku tetap tidak paham sehingga dia menulis dibuku aku dan sekali lagi aku terfikir 
sejenak. Thanx friend! telah byk buat aku sedar dengan kelemahan aku ni.


Seikhlas hati aku berterima kasih padamu kerana menerima aku dengan banyak kelemahan ini sebagai sahabatmu. Semoga pertemuan kita dijadikan perkenalan yang sangat bermakna dan juga persahabatan kita ini sehingga keakhirat :)


Chill :) 






Sabtu, 18 Jun 2011

Nasihat Rasulullah

Assalamualaikum ...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Menyendiri lebih baik daripada

berkawan dengan yang buruk, dan bergaul yang sholeh lebih baik daripada menyendiri.

 Berbincang-bincang yang baik lebih baik daripada berdiam dan berdiam adalah lebih 

baik daripada berbicara yang Buruk." (HR. Al-Hakim)

Jumaat, 17 Jun 2011



Assalamualaikum w.r.b.t.....


sesungguhnya ALLAH itu Maha penyayang dan Mengetahui......

aku ada terbaca disini  satu ayat yang memberikan seribu makna bahawa:


“Kalau kita sukakan seseorang, jgn beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa 

cinta padanya & Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah, 

mohonlah kpd Allah. Allah Maha Mengetahui.Dia tahu jodoh kita siapa. Dia

 sengaja beri kita yang salah agar kita dpt belajar sesuatu.. Kemudian Allah akan

 temukan kita dgn jodoh kita yg sebenar..Yakinlah pd Allah..InsyaAllah mudah 

dalam semua perkara.............


Sabtu, 4 Jun 2011

Keistimewaan Bulan Rejab




Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”



Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.