Ahad, 17 April 2016

Jejak Gelandangan di Penang

Assalamualaikum...

Pada 13 April 2016, Zakat dan beberapa NGO terlibat dalam jejak gelandangan untuk memberi makan kepada mereka dan bertanyakan khabar. Di sebalik masalah ini apa yang mereka hadapi adalah masalah hidup mereka yang buntu untuk mencari jalan keluar dan akhirnya mereka memilih untuk berumah tepi jalan. Dari tinjauan yang kami dapat ada beberapa gelandangan yang segaja memilih untuk menjadi gelandangan walaupun mereka memiliki rumah di sekitar kawasan itu. Ini kerana faktor masalah rumah tangga yang tak dapat di selesaikan, oleh itu mereka  mengambil keputusan untuk lari dari masalah dan menjadi gelandangan. Ada yang mengatakan menjadi gelandangan mudah kerana mereka tak perlu sewa rumah dgn kos yg mahal dan kadang kadang mendapat makanan yang diberi oleh badan badan sukarela. Selain itu, apa yang dilihat masalah dari sudut lain adalah kerana gejala sosial dan kurangnya didikkan agama untuk mereka. Ada yang telah berputus asa untuk hidup dan hanya hidup simpati dari org ramai sedangkan kudrat masih cukup untuk kerja.

#Rupanya ramai rakyat di Malaysia ni buntu untuk mencari jalan keluar selepas mereka menghadapi tekanan hidup. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka yang menghadapi putus asa dalam hidup.

sEsungguhnya sesudah kesukaran pasti ada kesenangan
Video dibawah di balik tadbir mereka yang mengusaha untuk jejak gelandangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sgt menghargai komen anda :)