Ahad, 17 April 2016

Jejak Gelandangan di Penang

Assalamualaikum...

Pada 13 April 2016, Zakat dan beberapa NGO terlibat dalam jejak gelandangan untuk memberi makan kepada mereka dan bertanyakan khabar. Di sebalik masalah ini apa yang mereka hadapi adalah masalah hidup mereka yang buntu untuk mencari jalan keluar dan akhirnya mereka memilih untuk berumah tepi jalan. Dari tinjauan yang kami dapat ada beberapa gelandangan yang segaja memilih untuk menjadi gelandangan walaupun mereka memiliki rumah di sekitar kawasan itu. Ini kerana faktor masalah rumah tangga yang tak dapat di selesaikan, oleh itu mereka  mengambil keputusan untuk lari dari masalah dan menjadi gelandangan. Ada yang mengatakan menjadi gelandangan mudah kerana mereka tak perlu sewa rumah dgn kos yg mahal dan kadang kadang mendapat makanan yang diberi oleh badan badan sukarela. Selain itu, apa yang dilihat masalah dari sudut lain adalah kerana gejala sosial dan kurangnya didikkan agama untuk mereka. Ada yang telah berputus asa untuk hidup dan hanya hidup simpati dari org ramai sedangkan kudrat masih cukup untuk kerja.

#Rupanya ramai rakyat di Malaysia ni buntu untuk mencari jalan keluar selepas mereka menghadapi tekanan hidup. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka yang menghadapi putus asa dalam hidup.

sEsungguhnya sesudah kesukaran pasti ada kesenangan
Video dibawah di balik tadbir mereka yang mengusaha untuk jejak gelandangan.


Rabu, 13 April 2016

Misi Kemanusiaan Danglau

 

Assalamualaikum...
Selamat petang.
Aku ingin kongsikan detik detik kami telah membuat misi di Danglau Sik, 1 April 2016
Diberi bantuan pakaian, makanan, kepada  mereka yang fakir miskin yg perlu membesarkan anak anak mereka untuk persekolahan..

Sedih dan pilu 
Aku patut bersyukur apa yg ku miliki 
kerana ada yg lebih besar lg di uji
MasyaAllah..
Di buka mata ku ini.
anak anak kecil membesar dgn serba kekurangan
sedangkan ku disini sgt lah selesa dgn apa yg miliki

Syukur Alhamdulillah.
Semoga dpt peluang lg dpt jumpa mereka yg memerlukan bantuan dari kita.

Terima kasih kakitangan yg menjayakan program ni.
Moga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan  :) 
Alhamdulillah
InsyaAllah ada rezeki kita jalankan lg program ni..

Ameen