Isnin, 16 Jun 2014

Seribu erti Engkau mengetahui


Seribu erti Engkau memberi aku rahsia..
   rahsia yang perlu aku simpan...
        Sehingga tepat pada waktunya aku perlu memberitahu kepada seluruh alam...
             Malangnya.. meskiku tahu berat untuk aku menanggung semua ini..
                   Engkau maha mengetahui, aku adalah layak untuk menyimpannya..


Ya Allah...kau berikanlah kekuatan hatiku ini...
Kekuatan yang luar biasa...agar aku dapat menanganinya dengan hati yang tenang..
Jika ini adalah ujian kau berikan pada aku...aku redha ya-Allah...
Kerana Engkau Maha mengetahui yang mana terbaik untukku..

Maha suci Allah...
 Sesungguhnya hambamu ini tidah terdaya untuk menyakiti hati manusia yg lain..
  Ku cuba untuk menjaga hati setiap insan...
   Namun ku jua memiliki kelemahan yang Kau kurniakan...
    Ampuniku ya Allah jika aku telah menyakiti insan-insan yang telah kau hadirkan dalam hidupku,

aku insan yang penuh kelemahan.





Ahad, 15 Jun 2014

Cinta Ilahi..




Ya Allah,.. jika aku jatuh cinta..
                                      ...Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu....
                                            ....agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Rabu, 4 Jun 2014

Kembali Semula




Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Seseorang yang berperang kerana harta rampasan, ingin disebut-sebut(sebagai pahlawan), dan kerana ingin melihat kedudukanya, maka siapa (di antara mereka)yang fi sabilillah?

Rasulullah s.a.w menjawab, 
"Siapa yg berjuang agar kalimah Allah menjadi tinggi, maka dia berjuang di jalan Allah."