Isnin, 18 Ogos 2014

datang dan hilang



Sahabat
tika aku bersendiri,
kenangan lalu mengungkitku kembali,
setiap peristiwa berlaku di saat bersama,
membuatku bertambah rasa rindu

kau datang tiba-tiba,
kau pergi tiba-tiba,

datang kau mengisi kekosongan hati,
datang kau menjadi pelangi hidupku

sahabat,
kau mengajar aku erti kebahagiaan,
kau mengajar aku erti kasih sayang,
kau mengajar aku erti bersatu,

sahabat,
disaat kita sama-sama mencari ilmu,
hatiku dapat merasakan hatimu juga bersatu,
disaat aku memerlukan luahan,
kau yg sedia mendengar,

Semoga bahagia sahabat,
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku.


Keindahan pelangi untukmu.

1 ulasan:

saya sgt menghargai komen anda :)