Rabu, 21 Ogos 2013

Mengemis Cinta Teragung

Assalamualaikum..

Entry kali ini adalah puisi mengenai cinta seorang hamba terhadap penciptannya iaitu Allah s.w.t,

Cinta teragung,
Itulah dambaan di dalam setiap sujudku,

Di udara terapungan,
Di laut  kelemasan,
Sekian lama terbiar di dalam khayalan,
Hidup yang penuh kelalaian,
Diri ini bagai tiada arah tujuan,
Segala yang di lalui diselubungi dengan kesukaran, 

Ku sangka teguh,
Namun ternyata rapuh,
Ku sangka mudah,
Ternyata amat payah,

Kini aku kembali,
Mencari kedamaian di dalam hati, 
Hidupku yang sukar mengajar erti cinta yang hakiki,
Ku sedar semua ini pasti ada akhirnya,
Untuk mengemis cinta AgungMu,
Moga akhirku di selimut oleh cintaMu,
Cinta AgungNya.


by Nazrina