Jumaat, 25 Januari 2013

Erti Syukur

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini hati aku tergerak untuk menulis tentang erti syukur., Alhamdulillah  Allah s.w.t telah memberi aku peluang sehingga sekarang untuk aku bernafas di atas dunia ini, dan memberikan aku pelbagai perasaan dan rasa di atas muka bumi ini.... syukur Alhamdulillah ., Allah yang Maha berkuasa di atas muka bumi ini.....Dia lah yang mentadbir segala-segalanya di muka bumi ini dan seluruh alam semesta... dan Dia jugalah yang mengetahui segala rahsia isi alam ini.... Dia juga mengetahui segala rahsia diri kita ini walau sesaat terdetik di fikiran kita ini.,.. Alhamdulillah......

Erti syukur, 
aku telah merasa segala perasaan, mesti korang pun sama kan.,
perasaan bahagia disisi keluarga,
perasaan bahagia disisi sahabat-sahabat
perasaan bahagia apabila disisi kawan-kawan
perasaan bahagia apabila menerima berita gembira
perasaan sedih apabila menerima berita kematian
perasaan sedih apabila menerima segala berita sedih

tidak kiralah samada ianya gembira atau sedih tapi itu adalah nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan pada kita...Dia mengurniakan segala rasa pada kita ini adalah untuk kita sentiasa berasa syukur kepadaNya.... :)
Bersyukurlah selalu dengan apa yang ada kerana apa yang kita miliki tidak semua orang merasainya....
dan apa yang kita merasai segala perasaan tidak semua manusia merasainya adalah sama, tapi dalam berlainan situasi....

#peringatanuntukdirisendiri




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sgt menghargai komen anda :)