Jumaat, 25 Januari 2013

Erti Syukur

Assalamualaikum w.b.t

entry kali ini hati aku tergerak untuk menulis tentang erti syukur., Alhamdulillah  Allah s.w.t telah memberi aku peluang sehingga sekarang untuk aku bernafas di atas dunia ini, dan memberikan aku pelbagai perasaan dan rasa di atas muka bumi ini.... syukur Alhamdulillah ., Allah yang Maha berkuasa di atas muka bumi ini.....Dia lah yang mentadbir segala-segalanya di muka bumi ini dan seluruh alam semesta... dan Dia jugalah yang mengetahui segala rahsia isi alam ini.... Dia juga mengetahui segala rahsia diri kita ini walau sesaat terdetik di fikiran kita ini.,.. Alhamdulillah......

Erti syukur, 
aku telah merasa segala perasaan, mesti korang pun sama kan.,
perasaan bahagia disisi keluarga,
perasaan bahagia disisi sahabat-sahabat
perasaan bahagia apabila disisi kawan-kawan
perasaan bahagia apabila menerima berita gembira
perasaan sedih apabila menerima berita kematian
perasaan sedih apabila menerima segala berita sedih

tidak kiralah samada ianya gembira atau sedih tapi itu adalah nikmat yang telah Allah s.w.t kurniakan pada kita...Dia mengurniakan segala rasa pada kita ini adalah untuk kita sentiasa berasa syukur kepadaNya.... :)
Bersyukurlah selalu dengan apa yang ada kerana apa yang kita miliki tidak semua orang merasainya....
dan apa yang kita merasai segala perasaan tidak semua manusia merasainya adalah sama, tapi dalam berlainan situasi....

#peringatanuntukdirisendiri




Rabu, 23 Januari 2013

Dia insan yang sgt ikhlas dan telus

Assalamualaikum w.b.t

korang tau x apa maksud "dia" dengan tajuk diatas tu?
dia itu tidak pernah merasa dengki dengan kita bila kita mendapat kebahagiaan,
sebaliknya dialah yang sgt gembira, 

dia juga tidak pernah merasa iri hati pada kita walau setitik embun sekali pun....... malah dia senyum dan bersyukur,

dia akan memberi kita ketenangan disaat kita mendapat kerunsingan dalam hidup,

dia akan sentiasa memberi bantuan disaat kita menghadapi kesusahan,

dia adalah manusia yang bukan lagi ragu2 untuk membalas jasanya, 

dia adalah ibu kita yang   x pernah jemu mendoakan kebahagiaan kita didunia dan akhirat....

kawan-kawan jom kita sama-sama mendoakan ibu bapa kita yang sgt berjasa samaada yang masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah.... walau setitik embun skali pun jasa kita x kan terbalas dgn jasa mereka. ,

al-fatihah....

Tanpa doa ibu siapalah kita di dunia ini.

Assalamualaikum w.b.t...

entry kali ini aku nk sentuh ttg doa seorang ibu, mesti korang semua tau dah kan apa kelebihan doa seorang ibu ni., doa seorang ibu itu adalah lebih mujarab dari doa kita sendiri, kerana setiap doa ibu tu kan xda penghadang antara Allah s.w.t, doa itu akan terus menerus sampai kat Allah, dan ibu juga pabila mereka mendoakan kita hati mereka terlalu ikhlas dan telus, ayat ni aku dgr dari ustaz, hebat kan doa mereka terhadap kita, jadi apa yang penting kena selalu minta mereka berdoa pada kita, tp jgn la kita plak yang asyik meminta tp x memberi plak....*nasihatpadadirisendiri*......Allhamdulillah, ..... Allah Maha Penyayang pada hambanya.,

Rabu, 9 Januari 2013

nikmat dan musibah

assalamualaikum w.b.t



entry kali ni aku nak bg tau pasal ceramah yang aku dgr kat TB semalam iaitu sesi bersama dengan ustazah Hafizah, di tb9,.  setelah aku dengar sesi tu baru aku tau bahawa  :

jika kita mengalami kesedihan, kemiskinan, dan perkara yang kita tunggu untuk mendengar berita baik belum diasampaikan lagi, atau mendengat berita kematian seseorang itu jesteru kita akan  lagi dekat dengan Allah s.w.t kan? untuk memanjat doa kepadanya agar kita kuat dan tabah menghdapi semua ini, tapi sebenarnya pada masa yang sama kita telah mengingatiNya... jadi inilah yang dikatakan nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita iaitu nikmat yang sgt besar yang diperolehi.... bukan musibah yang dikatakan setiap orang jika dia ditimpa kesedihan malah nikmat yang dia dapat......syukur Alhamdulillah kepada kita semua kerana masih lagi mengingatinya jika kita berada dalam keadaan kesedihan....

tapi apa yang paling takut jika Allah. s.w.t memberi kita kesenangn dan sentiasa mendapat berita gembira sehinggakan kita lupa padaNya ini adalah suatu musibah yang besar berlaku dalam hidup kita kerana kita telah melupakanNya..... jadi apa yang disampaikan kat sini adalah selagi kita hidup di atas muka bumi ini setiap orang mempunyai ujiannya tersendiri.... x siapa pun boleh lari dari ujianNya.... tapi jika kita mengingatinya disetiap kita susah atau senang itu adalah nikmat yang terbesar Dia kurniakanNYA. 

jadi jangalah setiap ujian itu kita lupakan padaNya....ingatiNyalah selalu agar kita sentiasa menelan nikmat yang diberiNya supaya menjadi orang2 yang beruntung diatas muka bumi ini......... # nasihatpadadiri

sekian..............