Isnin, 10 Disember 2012

Terbisiknya suara hati

Assalamualaikum w.b.t....

Hmm terdetik di minda tentang kehidupan manusia dan setiap kali itulah aku berfikir tentang kehidupan, dan aku tidak merasakan aku seorang shj yang akan bertanya kenapa kita ini dihidupkan diatas bumi ini? setiap yang berlaku pasti ada sebabnya kan? even kita sendiri pun jika nak melakukan sesuatu pasti ada sebabnya.. betul kan? pastinya kita ini dihidupkan dimuka bumi ini ada makna dan sebab yang terbesar oleh Pencipta kita subhanAllah... hanya Dialah segalanya yang memberi kita nafas untuk bernyawa bagi menikmati segala isi alam ini.... sesungguhnya pada waktu ketika ini kita sedang mengadap laptop,komputer, tab, atau seperti yang lain mahupun alatan yang canggih yang telah dicipta oleh manusia sendiri, dan juga telah dianugerahkan akal dan fikiran dari ILLAHI yang membuatkan manusia ini berbeza dan istimewa daripada makhluk lain di atas bumi ini. Dia, yang telah memberi segala-galanya rasa kepada aku selama aku hidup dimuka bumi ini seperti, rasa sedih, sayang, gembira, dan segala rasa yang aku rasa selama aku hidup 22 tahun ini.... Alhamdulillah aku juga di lahirkan dengan beragama islam, sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkanNya dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Dalam beberapa hari ini... hati ku sering berbisik mengapakah aku hidup didunia ini? dan kekalkah hidup aku didunia ini selama-lamanya? dan setiap yang kejahatan yang kita lakukan itu adakah ia akan terdiam disitu saja atau akan terbalas? dan setiap amalan kita ini adakah dikira atau tidak? ...... soalan- soalan itu terbisik2 dihatiku sejenak. meskipun aku mengetahui jawapan terhadap soalan yang telah terbisik2 didalam hati ku.  ...............................................................dan kita juga mengetahui bahawa kita hidup ini adalah semata-mata diuji sehingga malaikat datang menjemput kita kembali..... dan sesungguhnya hidup di dunia ini adalah kehidupan yang hanya sementara dan terlalu singkat kehidupan, diakhiratlah kehidupan yang sebenar-benarnya dan selama-lamanya, di sini la untuk kita bercucuk tanam agar diakhirat nanti kita akan mendapat hasil yang lumayan seperti yang dijanjikan syurga..aminn..... buat pada peringatan diriku ini... sendiri..
Ya Allah s.w.t sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa atas segala isi alam ini dan Kau pimpinlah hambaMu yang lemah dan yang hina ini dan juga saudara-saudaraku,sahabat-sahabatku,  agar terus kejalan yang benar iaitu kejalan yang diradhai oleh Mu ya ALLAH...., dan kau jauhkanlah kami daripada tipudaya dan hasutan syaitan...  amin...

Jumaat, 7 Disember 2012

Indahnya Bekerja Dengan Kualiti Kerja Yang di Miliki

Assalamualaikum w.b.t.....

kerja........bekerja, pekerja,.. apa yang dimaksudkan "kerja"?? erm seringkali kita menyebut kerja dan apakah maksud bekerja??? ...........................             maksud kerja adalah, sesuatu tugasan atau tanggungjawab dan bekerja pula adalah sedang menjalankan tugasan atau tanggungjawab... jadi apabila menyebut tanggungjawab ini adalah bermaksud merangkumi semua aspek iaitu disiplin, amanah, perilakuan yang baik dan sebagainya,..... tidak semestinya bekerja hanyalah menjalankan kerja sahaja tapi haruslah disertakan disiplin dan perilaku yang baik dengan gabungan diantara ketiga-tiga ini akan menjadi perkerja yang baik,elegan dan sebagainya.. setiap manusia di muka bumi ni semestinya mempunyai perkerjaan tersendiri, kadang-kadang pekerjaan yang mereka jalani adalah impian mereka dari kecil lagi seperti cita2 nak jadi doktor, saintis, ahli falsafah, jurutera, peguam dan sebagainya. Tapi ada juga mereka yang tidak bernasib baik untuk mencapai apa yang dicita2 ... tetapi setiap manusia tu mempunyai rezeki yang sudah tersedia oleh Allah s.w.t, cuma sebagai manusia perlu rasa bersyukur dgn setiap apa yang diberi, jika kita sering bandingkan diri kita dengan orang lain yang berada di tempat baik mahupun berada di atas pada kita,perasaan akan muncul bahawa kita tidak pernah mencukupi apa yang telah diberi olehNya, tetapi jika kita merasakan setiap apa yang dikurniakan itu adalah dari Allah s.w.t untuk kita .. InsyAllah.. kita akan sentiasa berasa bersyukur kepadaNya...
Bersyukur adalah sifat yang paling mulia, dengan bersyukur maka Allah s.w.t akan menambahkan rezeki kita didunia ini.. sebagai contoh, ada orang pekerjaannya hanyalah kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang tetapi dengan kehadiran hatinya yang sentiasa bersyukur pada Allah s.w.t dia sentiasa bahagia. berbanding dengan orang yang kaya, hidup yang sangat mewah tetapi hatinya tidak tenteram akibat merasakan dirinya sentiasa tidak cukup apa yang dimiliki. Jadi nasihat pada diri sendiri sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah miliki dan kurniaan yang diberi olehNya......