Jumaat, 7 Disember 2012

Indahnya Bekerja Dengan Kualiti Kerja Yang di Miliki

Assalamualaikum w.b.t.....

kerja........bekerja, pekerja,.. apa yang dimaksudkan "kerja"?? erm seringkali kita menyebut kerja dan apakah maksud bekerja??? ...........................             maksud kerja adalah, sesuatu tugasan atau tanggungjawab dan bekerja pula adalah sedang menjalankan tugasan atau tanggungjawab... jadi apabila menyebut tanggungjawab ini adalah bermaksud merangkumi semua aspek iaitu disiplin, amanah, perilakuan yang baik dan sebagainya,..... tidak semestinya bekerja hanyalah menjalankan kerja sahaja tapi haruslah disertakan disiplin dan perilaku yang baik dengan gabungan diantara ketiga-tiga ini akan menjadi perkerja yang baik,elegan dan sebagainya.. setiap manusia di muka bumi ni semestinya mempunyai perkerjaan tersendiri, kadang-kadang pekerjaan yang mereka jalani adalah impian mereka dari kecil lagi seperti cita2 nak jadi doktor, saintis, ahli falsafah, jurutera, peguam dan sebagainya. Tapi ada juga mereka yang tidak bernasib baik untuk mencapai apa yang dicita2 ... tetapi setiap manusia tu mempunyai rezeki yang sudah tersedia oleh Allah s.w.t, cuma sebagai manusia perlu rasa bersyukur dgn setiap apa yang diberi, jika kita sering bandingkan diri kita dengan orang lain yang berada di tempat baik mahupun berada di atas pada kita,perasaan akan muncul bahawa kita tidak pernah mencukupi apa yang telah diberi olehNya, tetapi jika kita merasakan setiap apa yang dikurniakan itu adalah dari Allah s.w.t untuk kita .. InsyAllah.. kita akan sentiasa berasa bersyukur kepadaNya...
Bersyukur adalah sifat yang paling mulia, dengan bersyukur maka Allah s.w.t akan menambahkan rezeki kita didunia ini.. sebagai contoh, ada orang pekerjaannya hanyalah kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang tetapi dengan kehadiran hatinya yang sentiasa bersyukur pada Allah s.w.t dia sentiasa bahagia. berbanding dengan orang yang kaya, hidup yang sangat mewah tetapi hatinya tidak tenteram akibat merasakan dirinya sentiasa tidak cukup apa yang dimiliki. Jadi nasihat pada diri sendiri sentiasalah bersyukur dengan apa yang telah miliki dan kurniaan yang diberi olehNya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sgt menghargai komen anda :)