Khamis, 16 Ogos 2012

Cerita Ramadhan (ttg seseorang)

Sebenarnya kisah ini adalah sambungan dari post tahun yg lalu iaitu yang bertajuk "kisah sahabat yang merindui sahabatnya" pada bulan june 2011.



Dicelah celah waktu nur mengambil masa untuk melupakan sahabatnya itu, nur telah bertemu dgn kawan2 yang lain. Dengani izin Allah s.w.t Dia telah mempertemukan nur dan dua orang sahabat yang sgt baik yang mengambil berat terhadap nur iaitu mereka berdua adalah sepupu.. Hati nur pun terasa selesa apabila bersama dua orang sahabat ini iaitu ila dan una(bukan nama sebenar)mereka kenal hanya satu semester sahaja tetapi hubungan diantara mereka sgt akrab. lama kelamaan hati nur mula dapat melupakan sedikit demi sedikit kepedihan yang dilakukan oleh sahabat lama nur itu. Alhamdulillah nur tidak lagi terasa kesunyian dengan kehadiran dua orang sahabat itu. Hari peperiksaan akhir hampir tiba, dan ramadhan dtg kembali, masing2 busy dengan test dan quiz. Tapi dalam busy, terdengar banyak berita sedih yang disampai oleh kawan2 (clasmate) nur iaitu kematian ayah kawan(clasmate) nur, bukan seorang yang menerima dugaan itu malah 2 dan 3 orang, nur berdoa agar kawan2 yang menerima dugaan itu dapat menghadapainya dengan tabah. Aidilfitri hampir tiba, cuti raya hanya diberi seminggu. Mmg sgt x cukup untuk perantau seperti nur yang tggl jauh daipada family untuk melepaskan rindu, tapi apapun sebagai seorang pelajar perlu la bersabar untuk menghadapi semua ini.

Selepas seminggu diberi cuti nur pulang ke kampus, bersama sahabat baiknya, nur mengatakan pada 2 sahabatnya dia x sedap hati selepas meninggalkan keluarganya itu. Setiba di kampus nur perlu menghadapi test dia menelefon ayahnya di rumah dan beritahu dia x bersedia dgn test yang diberi oleh lecturernya. namun ayahnya memujuk hatinya supaya berusaha lagi jangan giveup. keesokan harinya nur menerima panggilan dari abangnya yang menyatakan nur perlu pulang segera, kerana keadaan ayah sudah kritikal, ayah nur menghidap penyakit jantung lebih 10 tahun yang lalu.Nur memahami isyarat yang diberi oleh abgnya itu.. tapi hati nur merasa hairan kerana malam td dia baru shj berckap telefon dgn ayahnya.

Dua sahabat nur telah diberitahu oleh nur bahawa nur perlu pulang segera kerumah kerana ada kecemasan,.. didalam perjalanan kestesen bas nur terasa hairan sekali lagi apabila kedengaran suara sebak abangnya waktu menelefon td. Nur tidak mengindahkannya.. Setelah sampai di stesen bas, alhamdulillah tiket bas masih ada lagi untuk pulang kerumah . Kedengaran telefon bimbit nur berbunyi panggilan yang dilakukan ialah kakak nur, kakak nur bertanyakan pda nur "hg tahu x ttg abah??" nur mnjawab
"ttg abah?? abah dalam kecemasankan??".............kakak nur memberitahu hal sebenar"Abah dah meninggal dunia pagi tadi"....inalillah... dgn kesedihan menerima berita yang sgt sedih itu nur terduduk sorang2 di luar kaki stesen bas.. dia menangis tersebak2 dan sukar dia nak mempercayai bahawa ayanya telah meninggal dunia pagi td.. hatinya bagaikan telah dihiris nipis2 menerima berita itu, fikiran nur terus tringat kembali zaman silam nya waktu kecil ayahnya yang sentiasa memberi manja padanya. Dalam perjalanan pulang ke rumah nur menangis tanpa henti air mata berlinangan x dapat menahan lagi, mengalir sehingga tiada air mata nak mengalir lagi. Smpai sahaja dirumah nur melihat rumahnya kelihatan sayu cuaca yang redup.. selimut menyelubungi ayahnya... yassin dibaca oleh saudara maranya.. Nur tidak menyangka bahawa dia juga
akan menerima dugaan sama seperti kawan2 dia yang lalu. hati nur yang muda bebisik teralu muda dia kehilangan seorang ayah  yang disayangi. apapun hidup nur perlu diteruskan walau orang disayangi telah pergi jauh meninggalkan dia.Dari dugaan itulah nur telah belajar satu pekara iaitu "Hidup ini perlu belajar menerima kehilangn orang yang kita sayangi kerana semua itu bukan hak milik kekal hanyalah pinjaman semata2".

Dengan dugaan yang diberikan oleh Allah itu, nur tidak lg bersedih dgn sahabat yang tlah meninggalkannya itu kerana dia telah menerima ujian lebih hebat lagi pada itu, Nur tidak lagi memandang remeh sbgai berat kerana nur telah menjadi matang dengan dugaan yang diberikan yang lalu.

bersambung....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

saya sgt menghargai komen anda :)