Sabtu, 5 Februari 2011

Bacaan Dalam solat (al-Fatihah)


Dialog sang hamba dan Khalik:

Hamba :  segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik  :    Hamba ku telah mengingati aku

Hamba :    Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khalik  :   Hambaku telah memujiku

Hamba :  Yang menguasai pada hari pembalasan

Khalik  :   HambaKu telah mengagungkan-Ku

Hamba :  Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan
               hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan 

Khalik  :  Hamba-Ku telah memuliakan Aku..

Hamba  : Tunjukilah kami jalan yang lurus

Khalik   :   Ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan HambaKu berhak atas apa yang ia minta.

Hamba  :   (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, 
                 bukan jalan mereka yang di murkai dan bujalan mereka yang sesat.

Khalik   :   ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta...


**renung2 kan lah .... ;)

Khamis, 3 Februari 2011

Aku Tamak! Aku Inginkan Semuanya.........

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.

Tetapi aku tamak! Aku nak semua ciri-ciri ini, aku nak dia cantik, ada harta, dipandang mulia, dan juga solehah. Macamana cara untuk aku dapatkan semua ciri-ciri ini? Ada ke wanita yang sebegini dizaman ini? Sadaqarasulullah, Benarlah segala perkataan Rasulullah itu.


Rasulullah mencadangkan supaya memilih yang BERAGAMA (Solehah dgn ertikata yang sebenar-benarnya) adalah kerana ada RAHSIA yang tersirat disebaliknya.

Apa RAHSIAnya?


Wanita yang BERAGAMA seperti yang disebutkan oleh Rasulullah didalam konteks hadis diatas, adalah wanita yang benar-benar solehah, dan mentaati serta mempertahankan keimanannya kepada Allah.


Oleh itu, wanita yang sebegini pasti akan
1. Berikhtiar dan berusaha untuk memiliki HARTA,
kerana:

Ingin menjalankan suruhan-suruhan dalam Islam yang menjurus kepada memiliki harta seperti:

a) Bersedekah
b) Amal jariah, Derma, Wakaf
c) Zakat
d) Haji, Umrah
e) dan lain-lain yang relevan
Oleh itu, wanita seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah akan memiliki ciri-ciri pertama iaitu BERHARTA


2. Berketurunan (dipandang mulia)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”.
(Surah an-Nisaa’ ayat 34)


Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua. Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.


3. Cantik
Wajah yang sentiasa disentuh wudhu yang sempurna dan dipenuhi dengan ibadah-ibadah kerohanian seperti qiam dan lain-lain (yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah), pastinya akan bercahaya, jernih dan menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Pasti mampu menjadi penawar dimata dan penyejuk dihati suami (Qurrata A'kyun). Kecantikan itu abstrak, ianya tidak bergantung hanya semata-mata kepada raut fizikal seseorang wanita, TETAPI ianya lebih banyak bergantung kepada MATA YANG MEMANDANGNYA!

Nah! Oleh kerana aku tamak dan inginkan kesemua ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah itu, maka ikutilah cadangan dan saranan yang telah direkomenkan oleh baginda S.A.W, iaitu, pilihlah yang TAAT BERAGAMA dan solehah...

Selasa, 1 Februari 2011

Kisah Jilbab Hati...

Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah. Ia kadang menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab. Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasehatinya. Tapi jawabannya tetap sama.

Hingga di suatu malam
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan bisa merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinngir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang terlihat jjuga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.


Assalamualaikum, saudariku..
Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.
Terima kasih. Apakah ini surga?
Wanita itu tersenyum. Tentu saja bukan, saudariku. ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga. Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya surga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.

Wanita itu tersenyum lagi. Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?
Aku selalu menjaga waktu sholat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.
Alhamdulillah..


Tiba-tiba jauh di ujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
Ayo, kita ikuti mereka. kata wanita itu sambil setengah berlari.
Apa di balik pintu itu? katanya sambil mengikuti wanita itu.
Tentu saja surga, saudariku larinya semakin cepat.


Tunggu…tunggu aku.. ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?
Sama denganmu, saudariku. jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membedakan dengan diriku?

Ia sudah kehabisan napas, tak mampu lagi menjawab.
Apakah kau mengira Rabbmu akan mengijinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?
Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki surga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan surga ini untuk dirimu. Cukuplah surga hanya sampai di hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati.


Ia tertegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan sholat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya