Thursday, February 3, 2011

Aku Tamak! Aku Inginkan Semuanya.........

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.

Tetapi aku tamak! Aku nak semua ciri-ciri ini, aku nak dia cantik, ada harta, dipandang mulia, dan juga solehah. Macamana cara untuk aku dapatkan semua ciri-ciri ini? Ada ke wanita yang sebegini dizaman ini? Sadaqarasulullah, Benarlah segala perkataan Rasulullah itu.


Rasulullah mencadangkan supaya memilih yang BERAGAMA (Solehah dgn ertikata yang sebenar-benarnya) adalah kerana ada RAHSIA yang tersirat disebaliknya.

Apa RAHSIAnya?


Wanita yang BERAGAMA seperti yang disebutkan oleh Rasulullah didalam konteks hadis diatas, adalah wanita yang benar-benar solehah, dan mentaati serta mempertahankan keimanannya kepada Allah.


Oleh itu, wanita yang sebegini pasti akan
1. Berikhtiar dan berusaha untuk memiliki HARTA,
kerana:

Ingin menjalankan suruhan-suruhan dalam Islam yang menjurus kepada memiliki harta seperti:

a) Bersedekah
b) Amal jariah, Derma, Wakaf
c) Zakat
d) Haji, Umrah
e) dan lain-lain yang relevan
Oleh itu, wanita seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah akan memiliki ciri-ciri pertama iaitu BERHARTA


2. Berketurunan (dipandang mulia)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”.
(Surah an-Nisaa’ ayat 34)


Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua. Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.


3. Cantik
Wajah yang sentiasa disentuh wudhu yang sempurna dan dipenuhi dengan ibadah-ibadah kerohanian seperti qiam dan lain-lain (yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah), pastinya akan bercahaya, jernih dan menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Pasti mampu menjadi penawar dimata dan penyejuk dihati suami (Qurrata A'kyun). Kecantikan itu abstrak, ianya tidak bergantung hanya semata-mata kepada raut fizikal seseorang wanita, TETAPI ianya lebih banyak bergantung kepada MATA YANG MEMANDANGNYA!

Nah! Oleh kerana aku tamak dan inginkan kesemua ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah itu, maka ikutilah cadangan dan saranan yang telah direkomenkan oleh baginda S.A.W, iaitu, pilihlah yang TAAT BERAGAMA dan solehah...

No comments:

Post a Comment

saya sgt menghargai komen anda :)