Saturday, February 11, 2017

Canopy Walk di Frim Kepong



Assalamualaikum,

Nak cerita aktiviti 2 hari lepas sempena Thaipusam

Lama dah tak masuk hutan yg betul betul hutan last masuk hutan pun masa tingkatan 4 kem askar, 3hari 2mlm kot bermalam dihutan tido dlm khemah berlantaikan batu2 . Dat the best experience bila igt balik.

Semalam lagi skali masuk hutan di frim. Sekali jejak dlm hutan ni bau pokok2 yg ada situ nyaman gile๐Ÿ˜š. Berbeza dgn hari2 hirup udara diluar tu. Tu plg best. First jalan2 kawasan situ rilex2 je. Tapi bila dah sampai part nak naik bukit untuk 500m sampai ke canopy tu lah yg cabaran nye. Gile condong bukit dia. Habis seput segalanya๐Ÿ˜‚. Btw terima kasih sgt sgt ika๐Ÿ‘ฉ dan ain๐Ÿ‘ฉ layan dgn canopy walk ni ๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘haha.. time plg tak dpt lupa kiteorang kena serang dgn segerombolan monyet time tgah feeeeel kelah makan roti sandwich๐Ÿ˜„ konon nak hilangkan stress la...gile terkejut berok kiteorang bila kena serang dgn geng berok.. ika la yg melompat terjun dlu dalam air dlu. aku dgn ain blur blur je time tu.. alih2 berok๐Ÿ™‰ tu besau gile kot kt blakang ika๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. at last roti sandwich yg lebih tu rezeki berok tu rupanya.๐Ÿ˜‚ Ha tu jela cerita semalam.. nice memory created with both of you. ๐Ÿค—๐Ÿ’–๐Ÿ˜™

Ni antara gambar gambar masa kami sesi canopy walk




Ni la tour guide kami tu. Macam macam dia ajar tunjuk nama nama pokok dlm hutan tu.

This is our group name. Bercampur campur










Pemandangan dari canopy walk plg atas. Puncak



Dah turun dari canopy walk kiteorang decide nak berkelah di bawah air terjun ni. Time ni la tgah feel rest makan sandwich .. berok berok tu dtg serang kiteorang.. berterabur lari habis.๐Ÿ˜‚

Last last makan dekat cafe depan tu je.. .. ok ni je cerita stakat ni

Thursday, February 2, 2017

Back to reality

Assalamualaikum,.
Malam yang menanti untuk di buai mimpi pada tubuh yang sangat letih, namun fikiranku berputar fikir pada masa yang lalu untukku menilai diriku ini.
Pada diriku yang selalu alpa dan leka dari mengingatimu ya Allah, 
Insan yg lemah yg sentiasa mengejar yang akan pergi jauh, yang dekat daku tinggalkan, masyaALLAH aku terlalu lupa untuk bersyukur apa yang t’lah Kau berikan padaku. Terima kasih pada adik yang telah menyedarku di ofis siang td. Katanya hiduplah dgn bersyukur. 
Beliau di uji bayinya, Allah telah ambil pada 3 minggu yang lalu iaitu usia anaknya itu baru sahaja 6 bulan., susu di badannya masih ada lagi namun dengan kehendak Allah dan takdir illahi mengambil anaknya pada usia yang sgt singkat. Kelihatan beliau sgt kuat menerima dugaan ini,tapi dalam hati hanya Allah saja yang mengetahui. katanya ini adalah takdir Allah. Allahuakbar, besar sungguh hati beliau menerima ujian ini “Moga kau tabah adik, kau kuat Allah saying kau”.  Usianya masih muda, ya muda dari aku tapi pemikiran sangat matang dan dewasa. Allah, kuatkanlah hatinya untuk menerus sisa2 hidupnya di dunia ini, setiap kali aku melihatnya menyedarkan aku bertapa aku perlu lebih bersyukur kerana ada lagi yang diuji lagi hebat dariku, 
Satu persatu ujian dari sahabat sahabatku di khabarkan diuji berbagai cara, moga yang derita sekarang akan lebih bahagia pada masa akan dtg, mungkin inilah caranya untuk Allah tegur aku untuk lebih bersyukur.
Kadang2 perlunya mengingati diri ini yang dulu untuk menilai diri yang sekarang agar lebih bersyukur.


Thursday, January 19, 2017

The day before tomorrow

Assalamualaikum pada yang sudi membaca disini, 

Sudah lama tak upadate di laman ini, 
Hidupku berubah 360 darjah bila aku move dari rumah dan bekerja di luar negeri aku. Alhamdulillah byk perkara mengajar aku tanpa aku mencarinya. Allah memberi peluang pada aku skali lg tuk memperbetulkan diri aku. Mencari diri aku, dan sentiasa memperbaiki diri. Itu adalah aim hidup kita di dunia.. Berubah menjadi sebaik mungkin.. Aku akui hidup di dunia ini sebagai manusia mmg berubah berubah mengikut situasi.. Manusia juga tak dapat sama kan momentum yang dulu dan sekarang. Ku lihat semula kisah hidupku dari kecil hingga sekarang semuanya ada kaitan dgn apa terjadi. Pepatah mengatakan hidup tak selalunya di atas. Kadang di bawah.. Dan jangan bersedih kalau kita sedang berada di bawah.. Sebenarnya kita tengah menuju ke atas.. Dan jika berada di atas, jangan lupa kita sedang menuju ke bawah itulah kehidupan. Hanya Allah yg dpt mengubah semua.. Manusia hanya merancang tapi apa terjadi adalah di tangan Allah.. 
Yang penting bersyukur apa yg dikurniakan untuk kita.

Salam.. 

Wednesday, June 22, 2016

The cat missing

Missing??
Atau dia lari.. sebab tinggalkan anak anaknya lepas lahirkan anak..
hurm sedih rindu dia..
dia seekor yg lasak..
independent..
determined...
pembersih..
tapi lari dari rumah hampir sebulan yg lalu..
Aku jumpa dia di sebuah rumah sewa kawan aku , ku bawanya pulang masa usianya masih baby. dalam 4 minggu macam tu bersama ibunya dan abangnya si hitam.. tapi hitam tu dah larikan diri sejak awal lagi selepas dia di ngorat oleh kucing jantan si hitam. agaknya kekasih pertamanya kaler pun sama sama hitam. tapi aku harap dia masih hidup walaupun hubungan dia dgn kami dirumah kurang mesra. tapi si adiknya sgt mesra dgn kami. berbadan hitam bawahnya putih bersih,. adik dan abgnya sgt pembersih. sayang mereka.. rindu mereka..  bawah ni gambar adik nya... abangnya ada tapi tak igt kat mana simpan.dlm phone lama rasanya.




Tuesday, May 10, 2016

Hym for The Weekend

Hai, Assalamualaikum semua :)

Hym for the weekend. everyday rasa macam weekend.
Sebabnya hehe.. ada la.
Btw aku tengah melalui penghujung semester.
article hampir 80% nak siap. tapi tu pendapat aku la
my supervisor tgk tak tahu dia ckp apa lg.

One more thing. result proposal aku dpt sgt bernas . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa aku tgk result aku.
aku paling tertinggi dari antara yang lain. syukur.
sebenarnya aku tak expect pun result aku dpt macam tu ** sigh.
Allah nak bg. rezeki milikNya,
Tajuk research aku semakin lama semakin kena dengan jiwa aku
pada mulanya aku rasa beban dan tak suka. tapi cuba memahaminya. Alhamdulillah

Poster untuk exhibition pun hampir siap tinggal untuk isikan content yg penting saja
tak sabar nak hias hias meja time exhibition nati untuk perform yang terbaik dalam hidup aku.
Yeah!... tak tahu mana semangat dtg ni. mungkin berkat doa dari ibuku, keluargaku dan kawan kawanku.Love them.

Dalam minggu ni kawan-kawa travel aku, diaorang ajak aku pegi segantang garam. Unfortunately, aku tak dapat join. kat sana aktivi macam best, memancing, memasak makan makan ramai. yelah program tu ramai yang join sebenarnya budak budak opis lama. budak budak teknikal
diaorang tu baek. terisi hidup aku. Tapi aku nak fokus dulu project aku ni sebab peluang hanya datang sekali. aku harap diaorang faham. semoga program diaorang berjalan lancar.  Ha gambar kat bawah tu la suasana segantang garam di merbok kalau tak salah. try la korang ajak family korang buat family events situ sambil memancing.

Lagi satu, kucing aku dah beranak  april ritu. Dia dapat 3 baby dua hitam putih 1 lg hitam semua. aku rasa bapa kucing hitam melegam. tapi semua comel comel belake.

lepas habis master ni aku target nak pergi bercuti kejap dgn kawan kawan. hope ada masa untuk kami nak pegi kelantan. sana king of food. aku suka susana dekat sana. ada pantai yang cantek cantek. malam bole pegi wakaf che yeh. lagi pun org kelantan peramah semuanya. tak rasa kekok ke apa ke.  buat kan aku in love disana. arwah abah aku pun suka dulu bawa kami jalan jalan ke sana kalau cuti sekolah :).

Segantang garam

Sunday, April 17, 2016

Jejak Gelandangan di Penang

Assalamualaikum...

Pada 13 April 2016, Zakat dan beberapa NGO terlibat dalam jejak gelandangan untuk memberi makan kepada mereka dan bertanyakan khabar. Di sebalik masalah ini apa yang mereka hadapi adalah masalah hidup mereka yang buntu untuk mencari jalan keluar dan akhirnya mereka memilih untuk berumah tepi jalan. Dari tinjauan yang kami dapat ada beberapa gelandangan yang segaja memilih untuk menjadi gelandangan walaupun mereka memiliki rumah di sekitar kawasan itu. Ini kerana faktor masalah rumah tangga yang tak dapat di selesaikan, oleh itu mereka  mengambil keputusan untuk lari dari masalah dan menjadi gelandangan. Ada yang mengatakan menjadi gelandangan mudah kerana mereka tak perlu sewa rumah dgn kos yg mahal dan kadang kadang mendapat makanan yang diberi oleh badan badan sukarela. Selain itu, apa yang dilihat masalah dari sudut lain adalah kerana gejala sosial dan kurangnya didikkan agama untuk mereka. Ada yang telah berputus asa untuk hidup dan hanya hidup simpati dari org ramai sedangkan kudrat masih cukup untuk kerja.

#Rupanya ramai rakyat di Malaysia ni buntu untuk mencari jalan keluar selepas mereka menghadapi tekanan hidup. Semoga Allah membuka jalan kepada mereka yang menghadapi putus asa dalam hidup.

sEsungguhnya sesudah kesukaran pasti ada kesenangan
Video dibawah di balik tadbir mereka yang mengusaha untuk jejak gelandangan.


Wednesday, April 13, 2016

Misi Kemanusiaan Danglau

 

Assalamualaikum...
Selamat petang.
Aku ingin kongsikan detik detik kami telah membuat misi di Danglau Sik, 1 April 2016
Diberi bantuan pakaian, makanan, kepada  mereka yang fakir miskin yg perlu membesarkan anak anak mereka untuk persekolahan..

Sedih dan pilu 
Aku patut bersyukur apa yg ku miliki 
kerana ada yg lebih besar lg di uji
MasyaAllah..
Di buka mata ku ini.
anak anak kecil membesar dgn serba kekurangan
sedangkan ku disini sgt lah selesa dgn apa yg miliki

Syukur Alhamdulillah.
Semoga dpt peluang lg dpt jumpa mereka yg memerlukan bantuan dari kita.

Terima kasih kakitangan yg menjayakan program ni.
Moga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan  :) 
Alhamdulillah
InsyaAllah ada rezeki kita jalankan lg program ni..

Ameen